Kufariz Iskandar Zulfkifli, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terbabit sewaktu melakukan pemeriksaan bagasi di Cawangan Pemeriksaan Penumpang JKDM, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada kira-kira 1.30 tengah hari, 14 Nov tahun lepas.
Dia dituduh di bawah Seksyen 137 (1)(b) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (1) akta sama dan jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan hingga lima tahun atau didenda tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duaya sekali serta ditahan daripada memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Akhilah Rosmi mencadangkan jaminan berjumlah RM10,000 serta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kufariz Iskandar yang tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah kerana perlu menanggung anak yang masih kecil, adik-beradik lain dan ibu yang tidak bekerja.
Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Dis ini dan tertuduh dinasihat agar melantik peguam.
-- BERNAMA