KUALA LUMPUR: Pembelaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development (1MDB) hari ini berkata ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, telah menyeleweng dana milik syarikat pelaburan strategik itu melalui keuntungan daripada terbitan Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) bernilai RM5 bilion tanpa pengetahuan beliau.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga berkata Najib tidak menerima wang daripada bon yang dikeluarkan pada 2009 oleh pendahulu 1MDB iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) kerana akaun bank bekas Perdana Menteri itu di AmBank hanya dibuka pada 13 Jan 2011.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, yang juga saksi pendakwaan ke-13, bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa tiada hasil daripada bon IMTN yang telah diseleweng oleh Jho Low dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Muhammad Shafee, yang merujuk kepada artikel di blog dalam talian Malaysia Today, memaklumkan mahkamah bahawa Jho Low telah menerima wang yang diseleweng daripada terbitan bon itu, yang dipindahkan kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan dengannya iaitu Country Group Securities PCL dan Aktis Capital Singapore Pte Ltd berjumlah RM74 juta pada 2009.
"Kedua-dua syarikat mengaut keuntungan mudah apabila melanggan bon 1MDB pada harga diskaun sebelum menjualnya semula pada nilai muka (atau nilai atas kertas) pada 2009 kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan syarikat insurans Prudential.
"Kami akan membuktikan bahawa tiada keuntungan IMTN yang masuk ke akaun Najib. Wang yang terdapat dalam akaun Najib adalah derma dari Arab Saudi. Pelanggan saya bertanggapan ia adalah daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.
"Akaun AmBank Najib (yang didakwa menerima berbilion ringgit dana 1MDB) dibuka pada 2011, jadi ia tidak ada kena-mengena dengan IMTN," kata Muhammad Shafee.
Peguam itu turut menyoal saksi tersebut sama ada beliau biasa dengan terma 'bekerja secara silo' yang sering diulang oleh tiga pengurusan tertinggi 1MDB apabila mereka dipanggil sebagai saksi iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abd Rahman serta Ketua Pegawai Kewangannya, Azmi Tahir.
Saksi itu menjawab 'Ya.'
Muhammad Shafee: Adakah ia satu amalan yang baik dalam bidang korporat?
Ismee: Tidak.
Muhammad Shafee: Adakah anda setuju dengan saya bahawa ia adalah anatema iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan tadbir urus baik.
Ismee: Ya.
Muhammad Shafee: Dan ia merupakan suatu amalan yang tidak digalakkan kerana kerahsiaan berupaya membiakkan rasuah dan tingkah laku penipuan dalam mana-mana syarikat. Justeru, amalan bekerja secara silo merupakan punca sesebuah syarikat menjadi korup dan penuh dengan transaksi berbentuk penipuan seperti yang berlaku dalam 1MDB. Adakah anda bersetuju dengan saya?
Ismee: Itulah sebabnya kami gagal.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
!['Jho Low seleweng dana 1MDB sebelum akaun bank Najib dibuka' 'Jho Low seleweng dana 1MDB sebelum akaun bank Najib dibuka'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647870713_NajibJhoLow.jpg)
Peguam berkata Najib tidak menerima wang daripada bon yang dikeluarkan pada 2009 oleh pendahulu 1MDB iaitu TIA. - Gambar fail
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687059960_TanSriNohOmar.jpg)
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719902869_TBNajibjpg.jpg)
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
![Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639648016_IsmeeIsmail.jpg)
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
![Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718888330_SubohMdYassin.jpg)
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
![Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua aspek perjalanan syarikat pelaburan strategik itu dikawal penuh oleh Datuk Seri Najib Razak atau mela
![Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717472037_MohdIrwanSerigar.jpg)
Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai
Hakim membenarkan permohonan Kumaraendran berikutan pihak pembelaan masih belum menerima 48 lagi dokumen berkaitan kes daripada pendakwaan.
![Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269168_Najib.jpg)
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
![Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717068377_NajibRazak.jpg)
Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit
Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.