Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dilakukan dengan 40 jemaah, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, di 39 masjid terpilih di negeri itu bermula esok.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Sultan Sharafuddin membuat keputusan itu selepas mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Baginda juga berkenan agar jumlah jemaah bagi solat Jumaat ditambah daripada 12 orang kepada 40 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid di 39 masjid yang telah ditetapkan sebelum ini.
"Kad akan diedarkan kepada 40 orang jemaah untuk hadir pada solat Jumaat tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata bagi umat Islam yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid, mereka hendaklah menggantikannya dengan solat zuhur di tempat masing-masing.
BACA: Alhamdulillah, dah boleh kembali berjemaah di masjid
Bagi solat lima waktu pula hanya solat subuh, maghrib dan isyak dibenarkan berjemaah di masjid terpilih tersebut.
Mohamad Munir berkata semua surau di Selangor masih tidak dibenarkan dibuka kepada orang ramai kecuali kepada tiga pegawai surau seperti ditetapkan sebelum ini.
Tegas beliau, penggunaan masjid semasa solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah harus mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohamad Munir berkata pegawai dan ahli jawatankuasa masjid diberi tanggungjawab penuh dalam mengendalikan dan menguatkuasakan garis panduan yang ditetapkan itu.
"Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, polis dan JAIS akan melakukan pemantauan secara berterusan terhadap kesemua 39 masjid yang dibenarkan untuk solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah ini.
"Sehubungan itu, pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, jemaah yang hadir serta seluruh umat Islam di Selangor diminta mematuhi segala arahan dan mengamalkan disiplin yang tinggi pada setiap masa," katanya.
Pada 14 Mei lepas, Sultan Selangor berkenan supaya solat Jumaat dilaksanakan di 39 masjid terpilih di negeri ini dengan jumlah jemaah tidak melebihi 12 orang merangkumi pegawai dan ahli jawatankuasa masjid susulan penurunan kadar jangkitan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 11 2020
Sultan Selangor berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dilakukan dengan 40 jemaah.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.