KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan jemaah yang berumur 70 tahun ke atas bagi menunaikan solat Jumaat dan fardu di seluruh masjid di negeri ini bermula Jumaat sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata selain itu pelaksanaan solat Jumaat dan Fardu di Kelantan juga dibenarkan dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti dan keluasan masjid.
"Selain itu kuliah agama termasuk kelas Al-Quran juga dibenarkan dengan kehadiran jemaah mengikut kapasiti dan keluasan masjid dengan penjarakan satu meter antara jemaah. Prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.
Menurutnya MAIK juga amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap sebarang kegagalan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021
Prosedur operasi standard bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini. - Gambar fail
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tiada rekod rasuah babitkan petugas, kakitangan MAIK
Tiada rekod salah laku penyelewengan rasuah membabitkan imam, bilal, petugas serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) setakat ini.
Aidiladha: MAIK beri kebenaran tambah tempat sembelihan ibadah korban
Kebenaran tambahan itu diberikan berikutan pihaknya mendapat makluman terdapat masjid yang tidak memenuhi kriteria sebagaimana ditetapkan.
Keluarga diami rumah usang terima sumbangan untuk bantu jana pendapatan
MAIK beri sumbangan peralatan membuat kuih dan motosikal roda tiga untuk memudahkan keluarga ini mencari rezeki.
MAIK akan ambil tindakan terhadap pihak langgar SOP aktiviti keagamaan
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V
Masjid mukim, surau, musala di seluruh Kelantan diarah tutup
Seluruh masjid mukim, surau dan musala di Kelantan diarah tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain bermula esok.
Jemaah berumur 70 tahun ke atas dibenarkan solat fardu, Jumaat di masjid - MAIK
Pelaksanaan solat Jumaat dan Fardu di Kelantan juga dibenarkan dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti dan keluasan masjid.
Kelantan benar solat Jumaat hari ini, berikut SOP perlu dipatuhi
MAIK berkata pelaksanaan aktiviti agama di masjid ketika PKPP perlu secara terkawal bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
MAIK akan siasat 5 beradik tinggal di bangsal
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan akan menghantar wakilnya bagi mendapatkan gambaran dan maklumat mengenai kedaifan lima beranak yang tinggal dalam sebuah bangsal di sini.