Penubuhan satu jawatankuasa khas akan diumumkan sebelum akhir tahun ini bagi memulakan proses pendigitalisasi pentadbiran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pakar yang relevan dalam hal berkaitan digitalisasi sebelum nama mereka yang menganggotai jawatankuasa itu diumumkan.
Katanya bagi tujuan itu pihaknya sedang berhubung dengan beberapa entiti seperti Telekom Malaysia, PayHalal dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) yang mempunyai kemahiran mengenai konsep berkenaan.
Beliau berkata proses pendigitalan itu melibatkan semua agensi yang menguruskan hal berkaitan agama Islam dibawah kendaliannya termasuk haji dan zakat.
"Kita harap proses digitalisasi itu boleh bermula sepenuhnya awal tahun depan dengan langkah pertama iaitu pembudayaan teknologi kepada pihak yang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Halal Fiesta Malaysia (Halfest Jakim) di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata beliau bersedia mengemukakan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sekiranya siasatan polis mendapati ada unsur fitnah berlaku.
Setiausaha Akhbar menteri itu Siti Zulaikha Zulkifli pada Isnin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya terhadap Mohd Khusairi serta laman Facebook yang menggunakan nama MyNewsHub kerana memuat naik poster kenyataan fitnah yang melibatkan Mujahid di media sosial.
Laporan polis itu dibuat ekoran penyalahgunaan gambar dan nama Mujahid di poster yang bertulis, "Wendy Loong hina nabi adalah kes terpencil.. Orang Islam jangan terasa hati.. Mujahid".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019
![Jawatankuasa proses digitalisasi pentadbiran Islam diumum akhir tahun Jawatankuasa proses digitalisasi pentadbiran Islam diumum akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81561958981_MujahidYusof.jpg)
MUJAHID: Kita harap proses digitalisasi itu boleh bermula sepenuhnya awal tahun depan dengan langkah pertama iaitu pembudayaan teknologi kepada pihak yang berkenaan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Kesejahteraan Digital ASEAN: Kerjasama rentas negara, platform bantu kefahaman Kesejahteraan Digital ASEAN: Kerjasama rentas negara, platform bantu kefahaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719374177_IvanJohnEUySan.jpg)
Kesejahteraan Digital ASEAN: Kerjasama rentas negara, platform bantu kefahaman
Antara cabaran yang digariskan dalam mencapai kesejahteraan digital ASEAN ialah banyak usaha pendigitalan dilakukan secara bersendirian.
![Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676519647_KPMG.jpg)
Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia
Menurut KPMG, kajian mendapati 27 peratus responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.
![Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718894178_JoachimGunsalam.jpg)
Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim
Dengan menangani aspek berkenaan, Sabah mampu membina masa depan yang berdaya tahan, saksama dan sejahtera untuk masyarakatnya.
![Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714047834_GobindSinghDeo.jpg)
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
![KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717296968_FadhlinaSidek.jpg)
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
![Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707985816_TBLHDN.jpg)
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
![Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709719760_TBDATUKSERIAMIRU.jpg)
Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB
Program itu ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.
![NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709439763_TBHidupanLiar.jpg)
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
![KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708941805_TBRamlanHarunjp.jpg)
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan
Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.