Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi membincangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibentuk dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata, seperti dikatakan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, jawatankuasa tersebut akan dibentuk.
"Jika kita imbas kembali, pada 9 April lalu, menggulung perbahasan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, Dr Mahathir berkata ada keperluan untuk menubuhkan satu jawatankuasa parlimen atau parliament select committee untuk melihat isu mengenai pelaksanaan MA63," katanya pada satu sidang media di Pejabat Perkhidmatan Parlimen Batu Sapi, di sini, hari ini.
BACA: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 lalui perbahasan lebih enam jam
Menurut Liew, jawatankuasa itu nanti akan dianggotai semua pihak termasuk ahli Parlimen pembangkang.
Tambahnya, pelantikan pengerusi jawatankuasa itu diserahkan sepenuhnya kepada Speaker Dewan Rakyat.
"Pengerusi PSC itu nanti akan dijemput untuk menjadi anggota tetap Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyumbang kepada pelaksanaan MA63," tambahnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Liew melahirkan perasaan gembira terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang meluluskan usul menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan pada persidangan dewan itu baru-baru ini.
Katanya, beliau berharap langkah sama akan dituruti DUN Sarawak pada persidangan akan datang.
"Saya yakin DUN Sarawak akan mengambil langkah seperti DUN Sabah (menyokong pindaan).
"Saya juga akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu," tambah Liew.
Radhi Muslim
Sat Apr 20 2019
Menurut Liew, jawatankuasa itu nanti akan dianggotai semua pihak termasuk ahli Parlimen pembangkang. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Pemain industri gig minta kerajaan tangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.
Sebahagian besar kos lawatan kerja ke lima negara ditanggung GLC, swasta - PM
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, syarikat-syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.
Perolehan MyKad generasi baharu di fasa akhir - KDN
Kad pengenalan generasi baharu itu dilengkap dengan ciri keselamatan yang lebih canggih.
Lebih 115,000 terlibat dadah jenis sintetik setakat Sept - KDN
Setakat September tahun ini, lebih 115,000 atau 70.4 peratus individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dzulkefly
Perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun.