Polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menubuhkan lima jawatankuasa bagi memantapkan penguatkuasaan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan ancaman tonto, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata melalui jawatankuasa ini, lebih banyak operasi bersama akan diadakan di lokasi yang akan dikenal pasti.
"Ketika melaksanakan operasi tertentu, anggota Kastam berdepan ancaman seperti tonto, oleh itu anggota polis akan turut bersama dalam operasi yang dijalankan.
"Sebelum satu-satu operasi dilaksanakan juga, jawatankuasa ini akan duduk bersama dan berbincang mengenai pelaksanaan operasi," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Peringkat Tertinggi JKDM dan PDRM pada Ahad.
Mengulas mengenai mesyuarat itu, Mohamad Fuzi berkata antara perkara yang dibincangkan adalah isu penyeludupan rokok, arak, mercun dan barang terlarang.
"Mesyuarat ini akan dijadikan aktiviti tahunan bagi membolehkan PDRM dan JKDM membincangkan pelbagai isu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T. Subromaniam berkata jaminan polis untuk memberi perlindungan kepada pegawai yang melaksanakan operasi akan meningkatkan semangat pasukannya untuk membanteras aktiviti penyeludupan.
"JKDM mempunyai maklumat mengenai sindiket (penyeludupan) dan mereka ada banyak lapisan, nak kaitkan mereka ini ambil masa yang lama.
"(Oleh itu), JKDM tidak teragak-agak untuk menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Fuzi dan Subromaniam turut menandatangani Nota Kerjasama yang bertindak sebagai garis panduan utama dalam proses perkongsian dan pertukaran maklumat yang lebih efektif dan sistematik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 13 2019
![Jawatankuasa banteras penyeludupan, ancaman tonto Jawatankuasa banteras penyeludupan, ancaman tonto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41543319331_KetuaPolisNegara.jpg)
FUZI: Lebih banyak operasi bersama akan diadakan di lokasi yang akan dikenal pasti.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
![Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016 Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732427445_Vape.jpg)
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
![Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731999605_AsriZainul.jpg)
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
![Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722470861_Military.jpg)
Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami
Tindakan itu dibuat selepas Sheikh Hasina mempersalahkan Parti Jamaat-e-Islami dan BNP terhadap keganasan.
![Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.
![Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709543492_TBMASHUPORANG.jpg)
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
![Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702028521_TBemadanijpg.jpg)
Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
![Montana negeri AS pertama haramkan TikTok Montana negeri AS pertama haramkan TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684381969_banningTikTok.jpg)
Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.
![33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng 33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667240805_tongkimiaperak.jpg)
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.
![Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658011069_KEBEBASANMELAMPAUD.jpg)
Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.
![Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing? - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'! Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing? - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648450084_doktorhaiwanpegan.jpg)
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.