KUALA LUMPUR: Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook berkata, hasil caj dikenakan daripada pertukaran itu merupakan wang tidak patuh syariah yang haram untuk digunakan.
Menurut kenyataan itu, perbuatan mengeluarkan bantuan itu secara tunai dikira menyalahi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“Keredaan si pemberi adalah berdasarkan syarat yang ditentukan. Sekiranya syarat tersebut dilanggar, maka hilang reda atas pemberian tersebut dan mengakibatkan pemberian itu tidak sah mahupun terbatal kerana berlaku tanpa keredaan.
“Perbuatan ini juga dianggap melanggar undang-undang yang mana perkara tersebut ditegah syarak tidak kira transaksi itu melibatkan riba atau tidak,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
Sebelum ini, ramai pengguna media sosial mengambil kesempatan terhadap insentif diberikan kerajaan dengan mengenakan caj kepada mereka yang mahu mengeluarkan bantuan itu secara tunai.
Mengulas lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur memaklumkan bahawa, isu penebusan kredit eMADANI terkait dengan elemen riba yang sudah jelas diharamkan oleh syarak.
Melihat kepada situasi dalam pengeluaran tunai bantuan berkenaan, institusi agama tersebut memberitahu terdapat beberapa jenis riba yang telah dikenal pasti berlaku.
“Pertama, ‘riba al-Fadhl’ iaitu riba disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantiti sedangkan kedua-duanya daripada jenis item sama.
“Seterusnya, ‘riba al-Nasi’ah’ yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan,” jelasnya.
Pada masa sama, Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur menegaskan, orang ramai wajib untuk mematuhi segala arahan daripada kerajaan selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.
Katanya, pihak kerajaan telah melarang sebarang kegiatan penebusan duit eMADANI daripada aplikasi e-dompet untuk membantu perniagaan runcit dan mengelakkan penyalahgunaan wang bantuan serta penipuan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 08 2023

Pendaftaran program eMadani boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan e-dompet Touch ‘n Go - Gambar fail

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025

Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.

Hantaran individu sokong hubungan Malaysia, Israel adalah video lama - Fahmi
Fahmi menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu video itu sahih, baru atau telah ditular sebelum ini.

eMADANI: 6.5 juta permohonan lulus, RM650 juta telah dikreditkan
Ahmad berkata sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan yang mengambil masa satu hingga lima hari dari tarikh permohonan.

Aplikasi MAE tergendala gara-gara tuntut RM100 eMadani
Aplikasi MAE dilaporkan tergendala gara-gara orang ramai menuntut kredit eMadani, iaitu tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100.

Orang ramai boleh mula tebus kredit eMADANI hari ini
Orang ramai yang layak boleh mula menebus kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 bermula 8 pagi hari ini hingga 11.59 malam, 20 Feb 2024.

eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.

Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, termasuk P2P
Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk Pemindahan peer-to-peer dan Penebusan tunai.