PUTRAJAYA: Semakan dilakukan terhadap klip video tular berkenaan seorang individu yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel mendapati ia berlaku pada Disember 2021 tetapi ditimbulkan semula di media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
"Semakan menunjukkan ia (video) daripada YouTube 'Malaysia And Israel - From Enemies To Allies?'. Berdasarkan carian dalam YouTube video itu adalah pada 17 Disember 2021, bukan 2023. Dua tahun yang lalu, waktu itu saya bukan menteri," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), di sini hari ini.
Fahmi berkata persoalan mengapa tiada tindakan diambil terhadap video tular itu seharusnya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu.
Satu video tular di media sosial berhubung seorang individu dikenali sebagai "Victor Yong Jen Ong" yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel yang dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan.
Fahmi juga menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu video itu sahih, baru atau telah ditular sebelum ini.
Ketika ditanya kebimbangan netizen berkenaan maklumat pengguna yang menebus RM100 eMADANI tidak dilindungi, Fahmi memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat termasuk yang menebus kredit eMADANI adalah selamat dan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak kerana ia adalah komitmen kerajaan.
Penebusan kredit eMADANI bermula 4 Dis lepas merupakan inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000 dan dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Fahmi berkata persoalan mengapa tiada tindakan diambil terhadap video tular itu seharusnya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu. - Gambar fail/Bernama

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

YouTube mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI untuk YouTube Shorts
Pengguna boleh menjana video melalui input teks dan imej menggunakan ciri Dream Screen dalam kamera YouTube Shorts.

Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.

YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

YouTube mula banteras video dengan tajuk, grafik umpan klik
Tajuk video dan imej kerdil yang digunakan tidak serasi dengan kandungan sebenar video sehingga menimbulkan kemarahan penonton.

Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti
Menerusi kerjasama ini, YouTube akan memastikan bahawa imej pelanggan CAA yang digunakan untuk menghasilkan video palsu dijana kecerdasan buatan (AI) yang tidak dibenarkan akan dibuang dengan segera.

YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI
YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate.

Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.

YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.