SHAH ALAM:Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengesan aktiviti pembakaran terbuka timbunan bahan disyaki sarung plastik wayar dan papan litar elektronik hancur di sebuah tempat pelupusan sampah haram, di Banting hari ini.
Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata pihaknya telah mengambil tiga sampel daripada tapak pelupusan sampah haram itu yang terletak berhampiran sebuah pasar raya besar untuk dianalisis Jabatan Kimia Malaysia.
"Siasatan JAS Selangor mendapati bahan yang dibakar di tapak pelupusan sampah haram itu disyaki timbunan sisa berupa sarung plastik wayar yang telah diracik dan sisa papan litar elektronik yang dihancurkan.
"Tapak pelupusan sampah haram berkenaan telah diletakkan pita penghalang bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.
Tambah Nor Aziah, JAS Selangor juga sedang mengesan pemilik tanah tapak pelupusan sampah haram berkenaan selain menjejaki kilang berdekatan yang menghasilkan bahan buangan seperti itu bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 34B akta yang sama.
Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden pembakaran terbuka berkenaan pada pukul 3.30 petang tadi dan tiba di lokasi, sepuluh minit kemudian.
"Pasukan bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengawal kebakaran dan api berjaya dipadam sepenuhnya sejam kemudian," katanya.
Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 14 saat memaparkan berlaku pembakaran terbuka sisa plastik hancur yang dibuang secara haram dan mendakwa ia menyebabkan berlaku pencemaran udara di beberapa kawasan kampung berhampiran.
Individu yang merakam video berkenaan turut mendakwa pembakaran terbuka tersebut dilakukan setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020

Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata pihaknya telah mengambil tiga sampel daripada tapak pelupusan sampah haram itu yang terletak berhampiran sebuah pasar raya besar untuk dianalisis Jabatan Kimia Malaysia. - BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Sindiket proses e-waste haram di Pahang tumpas, babitkan rampasan RM410 juta
Pihak berkuasa berjaya menumpaskan sindiket memproses sisa elektronik (e-waste) dan buangan terjadual secara haram membabitkan nilai rampasan RM410 juta.

Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.

Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).

Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.

Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.

128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.

500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.

Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.