MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) tiada kaitan langsung dengan isu kartel atau visa furada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata adalah tidak wajar agensi itu dipersalah kerana TH sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan menjaga nama baik Malaysia malah sentiasa mengutamakan kebajikan jemaah haji.
Idris berkata bagi membuktikan TH tidak melakukan sebarang kesalahan, pihaknya sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa.
"Apabila musim haji tiba, akan ada pihak tidak bertanggungjawap yang cuba mengambil kesempatan. Kita tidak mahu apabila berlaku perkara begini, beban itu ditanggung oleh TH. Pengurusan lesen haji di bawah Pengelola Jemaah Haji (PJH) juga perlukan syarat ketat.
"TH akan selidik semua syarikat yang nak masuk PJH. Jadi tak timbul soal kartel, kita bersedia jika SPRM masuk siasat. Kita buka pejabat 25 jam untuk tengok isu kartel ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata TH sentiasa memantau perkembangan syarikat berdaftar di bawah PJH bagi memastikan mereka layak serta mempunyai reputasi dan kewangan yang baik.
Idris juga berkata beliau tidak mahu saban tahun perkara sama berlaku seperti insiden yang menimpa 380 bakal jemaah haji baru-baru ini sedangkan orang ramai telah diperingat tentang risiko haji furada.
"Tak sepatutnya kejadian sebegini berlaku sedangkan negara lain memuji negara kita, jemaah juga memuji perkhidmatan yang diberi oleh TH. Janganlah ada yang memfitnah dan mereka-reka cerita. Mungkin ada sedikit kelemahan TH (dalam operasi) tetapi janganlah cuba meletakkan beban pada TH," katanya.
Beliau berkata selepas kembali ke tanah air, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan bagi membincangkan isu haji furada, umrah serta strategi melaksanakan pengawasan lebih ketat.
Beliau turut menasihati orang ramai yang berhasrat melaksanakan ibadah haji dan umrah supaya berhati-hati termasuk pemilihan syarikat pelancongan kerana pakej haji swasta bukanlah sesuatu yang murah.
"Pastikan ejen yang dipilih mempunyai sejarah atau rekod prestasi yang baik dan boleh dipercayai. Kalau perlu pergi melawat pejabat dan tengok sendiri operasi mereka. Jangan hanya tumpu kepada harga yang menarik dan berurusan melalui telefon sahaja walaupun yang mengesyorkan itu kawan baik kita.
"Begitu juga dengan badal haji. Kita perlu faham bahawa syarat untuk rakyat Arab Saudi sendiri tunai haji adalah ketat dan mereka perlu ambil pakej yang harganya paling rendah RM12,000. Jadi kalau ada tawaran badal haji yang terlalu rendah, jangan gopoh, periksa dahulu siapa yang akan melaksanakan badal haji ini," katanya.
Berdasarkan rekod, mana-mana syarikat pelancongan boleh memohon untuk menjadi PJH berlesen dan akan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan antaranya berpengalaman mengendalikan umrah tiga tahun berturut-turut serta memiliki rekod Bank Negara melalui Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Idris berkata bagi membuktikan TH tidak melakukan sebarang kesalahan, pihaknya sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa. - Gambar fail/BERNAMA
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun
Baharin Osman dapat melihat hasil daripada disiplin menabung apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M.

Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.

Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.

TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.

TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.

TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.

Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.