SEREMBAN: Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini, kata Pengurus Besar Pengurusan Haji TH Mohamed Heikal Mohamed Yusuff.
Beliau berkata kos tersebut melibatkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pengangkutan serta pelbagai bayaran kepada pihak ketiga di Tanah Suci, selain penganjuran kursus, ubat-ubatan, perkhidmatan kesihatan serta operasi haji tanah air, di lapan stesen berlepas.
"Seperti tahun-tahun sebelum ini, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar kepada golongan B40 dan M40, bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
"Walaupun kos meningkat saban tahun, namun semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh TH kekal komprehensif dan berada pada tahap tinggi demi menjaga kebajikan, keselesaan serta keselamatan jemaah haji Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan, yang dihadiri 1,130 bakal haji dan disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Mohamed Heikal berkata penganjuran kursus berkenaan sebagai platform ulang kaji akhir sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci, selain melatih mereka untuk bersedia menghadapi pelbagai situasi termasuk suasana tidak selesa dan serba kekurangan, semasa kemuncak haji nanti.
Dalam pada itu, Aminuddin menasihatkan bakal haji untuk sentiasa bersyukur dan melaksanakan ibadat haji dengan baik, kerana ia merupakan peluang sekali seumur hidup selain mengawal diri daripada melakukan perkara yang mencacatkan ibadat haji.
Beliau turut berharap supaya bakal haji mempersiapkan diri sama ada dari aspek mental, kekuatan fizikal dan kefahaman yang jelas berhubung manasik haji yang bakal dilakukan.
"Mereka juga diharap tidak berkongsi kelemahan pengurusan haji di Tanah Suci sekiranya ada, kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Selain itu, saling membantulah di sana kerana dalam sesuatu kumpulan ada yang tua, muda dan tak ada tenaga yang kuat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Bakal jemaah haji tekun mendengar ucapan yang disampaikan pada majlis penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan Musim Haji 1445H/2024M di Masjid Hussain Seremban 2 hari ini. - Foto Bernama
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.
TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.
Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.
Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.
Tabung Haji umum 3.10 peratus agihan keuntungan
Agihan keuntungan melibatkan RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit.
Ismail Sabri cadang TH kaji semula tempoh tunai haji
Empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.
TH kekal komited tingkatkan perkhidmatan haji - Idris
Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diberi pujian kerana kekal komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua jemaah Malaysia pada setiap musim Haji.