KAJANG: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kerjasama pertama kali diadakan bersama Yayasan Pelangi Malaysia (YAPEL) itu, meliputi tiga aspek utama iaitu penyediaan Pusat Audiometrik Bergerak, program saringan dan pemberian alat bantuan pendengaran untuk asnaf.
Menurutnya pusat itu telah memulakan siri jelajahnya bermula tahun lepas dan menyasarkan sekurang-kurangnya 500 saringan percuma sebulan atau 6,000 saringan setahun.
"Saya berharap dengan adanya Pusat Audiometrik Bergerak ini, golongan sasar akan dapat didekati dan mereka berpeluang membuat pemeriksaan secara percuma oleh pakar.
"Ia sekali gus memberi keselesaan dan membantu kehidupan mereka seterusnya, insya-Allah," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Pusat Audiometrik Bergerak di Kompleks Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Sungai Ramal Dalam, di sini hari ini.
Pada majlis itu, TH menyerahkan sebuah kenderaan sebagai Pusat Audiometrik Bergerak, lengkap dengan dua unit bilik kedap bunyi, peranti saringan pendengaran seperti audiometer, alat bantu pendengaran serta khidmat kaunseling untuk membantu para asnaf yang memerlukan.
Kenderaan audiometrik itu telah mula bergerak di kawasan sekitar Lembah Kelang dan Selangor serta dijangka menjelajah ke seluruh Semenanjung terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Dalam pada itu, Mohd Na'im menyeru agensi agama serta badan korporat Malaysia lain untuk turut melaksanakan inisiatif murni seperti itu dan pelbagai program kesihatan lain bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya akan meneruskan usaha seperti ini bagi membantu lebih ramai lagi golongan daif, fakir dan miskin serta yang memerlukan demi meringankan beban dan tekanan kos sara hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran. - Foto BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun
Baharin Osman dapat melihat hasil daripada disiplin menabung apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M.

Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.

Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.

TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.

TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.

TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.

Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.