KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.
Menurut TH pendeposit kini boleh mendaftar dan melanggan perlindungan takaful TH Khairat dengan memilih kedua-dua pengendali takaful yang dilantik iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful).
"Dengan mengekalkan langganan tahunan serendah RM28 bagi setiap perlindungan, manfaat kewangan yang ditawarkan adalah sebanyak RM12,000 daripada setiap pengendali takaful kepada penerima manfaat yang dinamakan.
"Sekiranya pendeposit memilih untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali takaful, pendeposit hanya perlu menyumbang RM56 setahun dan penerima manfaat layak membuat tuntutan dengan jumlah keseluruhan RM24,000 iaitu RM12,000 daripada STMB dan RM12,000 daripada HLM Takaful," menurut TH dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata setakat ini, lebih 73,000 pendeposit telah melanggan perlindungan takaful itu dengan sambutan yang amat menggalakkan dalam masa enam bulan sahaja sejak ia dilancarkan pada 31 Julai lepas.
"TH menyambut baik maklum balas pelanggan yang berhasrat untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali Takaful. Alhamdulillah, dengan persetujuan dan kesepakatan bersama pengendali Takaful, pendeposit kini boleh mendaftar dengan kedua-dua pengendali Takaful.
"Penerima manfaat boleh menuntut manfaat kewangan RM12,000 daripada kedua-duanya menjadikan jumlah perlindungan yang layak diterima sebanyak RM24,000," katanya.
Mohamed Ameen berkata TH akan terus komited dan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada selain memperkenalkan perkhidmatan baharu yang memberi manfaat kepada pendeposit pada masa akan datang.
Sebarang maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari www.tabunghaji.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan TH (THCC) di talian 03-62071919.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Menurut TH pendeposit kini boleh mendaftar dan melanggan perlindungan takaful TH Khairat dengan memilih kedua-dua pengendali takaful yang dilantik. - Gambar fail/Astro AWANI

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun
Baharin Osman dapat melihat hasil daripada disiplin menabung apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M.

Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.

Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.

TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.

TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.

TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.

Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.