Penyokong parti Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dinasihatkan untuk menunggu sahaja di rumah bagi mengetahui sebarang keputusan melalui saluran media dan tidak mengadakan perhimpunan atau perarakan bagi meraikan kemenangan sebaik diumumkan pada malam nanti.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata peringatan itu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang boleh mencetus provokasi.
Beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini berpuas hati dengan perjalanan PRU14 kali ini yang berjalan secara lancar dan aman tanpa sebarang kekecohan.
Jelasnya, PDRM sememangnya tidak membenarkan sebarang perhimpunan atau perarakan diadakan dan berharap keamanan yang ditonjolkan sejak hari penamaan calon, dapat dikekalkan.
"Penyokong parti tak perlu berhimpun di mana-mana. Kalau boleh kita dengarkan keputusan PRU di rumah masing-masing. Saya rasa itu lebih selesa.
"PDRM tidak benarkan sebarang perhimpunan atau perarakan meraikan kemenangan atau sebagainya. Jadi kita mahu keputusan diterima melalui saluran media dan lepas itu kita bolehlah buat lain-lain perkara lebih sesuai daripada nak berhimpun," kata Zulkifli.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka petang Rabu.
Astro Awani
Wed May 09 2018

Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata peringatan itu bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang boleh mencetus provokasi.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis akan panggil Ahli Parlimen pembangkang terbabit perhimpunan - Bukit Aman
Menurut Ketua Polis Negara, mereka yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Kluster baharu COVID-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja
Sekatan terbaru itu akan dilaksanakan selama 30 hari bermula Isnin (28 Jun).

COVID-19: Penduduk Napoli tidak puas hati arahan perintah berkurung waktu malam
Mereka yang berhimpun sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan perintah berkurung pada waktu malam, mula bertindak ganas dengan membaling batu dan bom asap.

DAP minta penyokong jangan himpun semasa kes Guan Eng di Butterworth
Ia bertujuan mengelak kemungkinan penularan COVID-19 dan kewujudan kluster baharu.

Suami isteri & jiran naik kereta bersama mahu beli barang didenda RM1,000
Muhammad Hanafi Abdullah, 27, bersama isterinya, Syrifah Saadiah Syd Taha, 26, dan jiran mereka, Salmah Khalid, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Hina Nabi: Desak ambil tindakan
Anak Perak itu meluahkan perasaan tidak puas hati apabila pelakunya dibebaskan segera dengan jaminan polis dalam tempoh yang singkat.

Jangan berhimpun, tunggu keputusan PRU14 di rumah saja - Polis
Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata peringatan itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini yang boleh mencetus provokasi.

Pelajar, polis bertembung di Universiti Al-Azhar
Beratus-ratus penyokong Mohamed Morsi berhimpun untuk hari kedua berturut-turut sebagai siri bantahan berterusan ke atas kerajaan sementara yang memerintah.