KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam satu kenyataan pada Selasa malam berkata, pihaknya menerima 206 laporan polis berhubung perhimpunan berkenaan.
Katanya semua Ahli Parlimen yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan.
"Kes berkenaan akan disiasat di bawah kesalahan Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293], Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan juga Seksyen 9[5] Akta Perhimpunan Aman 2012 [Akta 736].
"PDRM akan memanggil individu-individu terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021
Ujar beliau, pihaknya sebelum ini telah mengambil maklum berkenaan dengan arahan Setiausaha Dewan Rakyat bahawa persidangan Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya diadakan pada Isnin lalu ditangguhkan ke suatu tarikh baharu, susulan penilaian semasa risiko jangkitan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau juga mengesahkan telah menerima maklumat pada 1 Ogos 2021 berkenaan dengan perhimpunan yang akan diadakan di kawasan Parlimen sehari kemudian.
"Mengambil kira bahawa pada tarikh berkenaan tiada Sidang Parlimen berlangsung kerana sidang telah ditangguhkan dan tiada kewajaran untuk Ahli-Ahli Dewan Rakyat berada di Parlimen.
"Maka PDRM telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perhimpunan diadakan.
"Tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan 9 dan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293] bertarikh 4 Julai 2021 yang mana berhimpun dan berarak merupakan aktiviti yang dilarang dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara," katanya.
Beliau dalam masa yang sama turut menyeru kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.
Nickyson Nyambar
Tue Aug 03 2021
![Polis akan panggil Ahli Parlimen pembangkang terbabit perhimpunan - Bukit Aman Polis akan panggil Ahli Parlimen pembangkang terbabit perhimpunan - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620578059_AcrylSani.jpg)
Acryl Sani mengesahkan polis menerima sebanyak 206 laporan di seluruh negara berhubung perhimpunan berkenaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699077236_AnwarIbrahim.jpg)
Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah
Anwar meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.
![Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000 Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637920075_MenteriBesarSelang.jpg)
Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan Ahli-Ahli Dewan Negeri pihak pembangkang dinaikkan sehingga RM400,000 bagi tahun 2022.
![PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619367252_BungkusanMakanan.jpg)
PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini
Program Bantuan Bakul Makanan merupakan inisiatif sedia ada yang diteruskan pada masa sama dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.
![Ahli Parlimen pembangkang hadir mesyuarat di PWTC Ahli Parlimen pembangkang hadir mesyuarat di PWTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545190743_UMNOPWTC.jpg)
Ahli Parlimen pembangkang hadir mesyuarat di PWTC
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini dilihat hadir ke mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), difahamkan sejak 12 tengah hari tadi.