Meskipun belum ada keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sekali lagi atau sebaliknya, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru masyarakat supaya tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata amalan yang diterapkan ketika ini bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 perlu diteruskan dalam kehidupan masyarakat untuk satu jangka masa yang agak panjang.
"Walaupun belum tahu sama ada PKP ada akan tamat atau tidak, tetapi amalan kita sudah kita ubah... bukan norma biasa lagi (seperti dahulu). Sebagai contoh, kita mengamalkan penjarakan selamat termasuk tidak bersalam selain kerap basuh tangan.
"(Selain itu) perhimpunan pula... dalam tempoh enam bulan hingga setahun kita tidak mengalakkan langsung perhimpunan membabitkan orang yang ramai," katanya pada Jumaat.
Mengenai bazar Ramadan pula, jelas Dr Noor Hisham, selain mematuhi garis panduan KKM, idea kreatif dan inovatif perlu diterapkan jika penganjurannya dibenarkan tahun ini, bagi mengelakkan perhimpunan orang ramai sekali gus meningkatkan risiko jangkitan.
"Mungkin kita perlu ada idea kreatif dan inovasi... Dalam tempoh fasa pertama PKP, kita telah lihat peningkatan 70 peratus penghantaran (produk makanan) ke rumah. Mungin kita boleh buat sesuatu seperti 'e-bazar Ramadan', jadi makanan boleh dihantar ke rumah," kata Noor Hisham.
PKP Fasa II akan berakhir pada 14 April depan iaitu 10 hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.
Kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa keputusan sama ada tempoh PKP dilanjutkan atau tidak akan diputuskan berdasarkan situasi semasa COVID-19 selepas minggu pertama April.
Fareez Azman
Fri Apr 03 2020
Dr Noor Hisham Abdullah tidak menggalakkan perhimpunan membabitkan ramai orang.
Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah
Siasatan awal mendapati AS tergamak menetak isterinya dengan parang hingga mati kerana khabar angin mangsa kononnya berlaku curang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Ogos 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi;
1. Protes di UK: Warga Malaysia diminta jauhi kawasan terlibat
2. Belasungkawa penyanyi Jay Jay, disemadi hari ini
3. Kerajaan kaji cadangan bangunkan media sosial khusus
1. Protes di UK: Warga Malaysia diminta jauhi kawasan terlibat
2. Belasungkawa penyanyi Jay Jay, disemadi hari ini
3. Kerajaan kaji cadangan bangunkan media sosial khusus
Pertempuran berterusan di Bangladesh ragut nyawa 91 orang, ratusan cedera
Kejadian itu susulan puluhan ribu penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletakkan jawatan.
Wanita kerugian RM6,000 dipukau di klinik kesihatan
Polis meminta kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkenaan suspek, untuk tampil memberi maklumat.
17 pengikut Millah Abraham ditahan di Johor
Kesemua 17 individu itu ditahan dalam operasi serentak dijalankan di Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Amerika bersiap sedia bantu Israel jika Iran bertindak balas
Amerika Syarikat akan terus membantu Israel bersiap sedia membantu Iran sekiranya ada tindak balas oleh Iran susulan pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran.
Pergolakan Bangladesh: 91 maut, perintah berkurung dilaksanakan
Sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dan ratusan cedera dalam pertempuran penunjuk perasaan dan pihak polis di Bangladesh pada Ahad.
Vietnam, Malaysia antara negara ASEAN rekod lonjakan jualan EV
Maybank IB Research berkata peraturan yang menggalakkan, jenama tempatan dan penembusan pembuat kereta China akan memacu jualan lebih tinggi.
PM UK kutuk rusuhan anti-imigresen
Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengutuk rusuhan anti-imigresen yang berlaku baru-baru ini dengan menggelarnya kumpulan tersebut sebagai samseng paling kanan.
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.
Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan
Biden mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.