KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Ahmad Zahid, yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan hari ini, bagaimanapun berkata Malaysia secara khusus adalah destinasi transit popular Pejuang Pengganas Asing (FTF) bagi melancarkan serangan di kawasan lain.
"Kebanjiran warga asing dari rantau Asia Tengah, Asia Selatan dan Afrika turut menjadi punca kepada perkembangan aktiviti keganasan di Malaysia," menurutnya dalam kenyataan selepas mesyuarat itu.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata kerajaan turut memantau situasi terkini berkaitan risiko ancaman keganasan oleh kumpulan pengganas seperti Daesh dan Jemaah Islamiyah selain bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara jiran.
Beliau berkata langkah ini bertujuan membendung dan mengenal pasti individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan sama ada warga Malaysia atau warga asing.
Ahmad Zahid juga berkata seramai 565 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dengan 368 daripada mereka adalah warga tempatan.
Beliau berkata antara 2013 hingga 2020, seramai 559 individu telah ditangkap manakala bakinya adalah pasca COVID-19 dan statistik itu jelas menunjukkan penurunan intensiti aktiviti keganasan di Malaysia susulan pandemik berkenaan.
Kerajaan, katanya secara konsisten melaksanakan proses deradikalisasi serta rehabilitasi ke atas individu yang terlibat dengan aktiviti keganasan dan dari segi Indeks Keganasan Global, Malaysia menunjukkan prestasi lebih baik apabila melonjak daripada kedudukan ke-68 daripada 163 negara pada 2022 kepada tangga ke-75 pada 2023.
Ahmad Zahid berkata dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kekal di kedudukan kelima dengan mengambil kira jumlah insiden, kematian, kecederaan, tebusan dan nilai kerosakan.
"Walaupun keganasan bukanlah isu utama keselamatan negara pada masa ini berdasarkan indeks keselamatan global, perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan dan virus ditaksir berpotensi dieksploitasi oleh elemen-elemen keganasan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan," katanya.
Beliau turut menzahirkan komitmen kerajaan untuk tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warganegara atau bukan warganegara yang berniat untuk mengancam keselamatan negara selain menentang keras sebarang bentuk keganasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Ahmad Zahid berkata dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kekal di kedudukan kelima dengan mengambil kira jumlah insiden, kematian, kecederaan, tebusan dan nilai kerosakan. - Gambar Bernama
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia
Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Polis Indonesia digesa teruskan pengawasan terhadap JI susulan pengumuman pembubaran
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.
Jemaah Islamiyah bubar, anggota serius turuti undang-undang
Menerusi video yang tular di media sosial, mereka menegaskan komitmen untuk menuruti undang-undang serta taat setia kepada Indonesia.
Sah! Jemaah Islamiyah Indonesia bubar
Ahli tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2022, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis.
5 ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ditahan bawah Sosma
Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
[LAPOR LANGSUNG] Serangan balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.