JOHOR BAHRU: Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana spekulasi seperti itu akan menakutkan pelabur dan pelancong yang ada di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu meminta rakyat memberi sepenuh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.
"Kejadian serangan yang berlaku amat memeranjatkan dan UMNO Johor beri kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa. Kami harap semua pihak tidak buat spekulasi dan tersilap dengan menyampaikan maklumat tidak benar.
"Ini penting kerana Johor merupakan negeri dengan hasil pelaburan dan juga pelancongan tinggi, jadi kita tidak mahu spekulasi seperti itu menjejaskan imej negeri ini di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pendigitalan Kompetensi Kemahiran Pembinaan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan di sini pada Ahad.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Selatan, Mohd Zaidi Rahmat dan Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Johor, Ahmad Farrin Mokhtar.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, PDRM tahu apa yang mereka lakukan berhubung siasatan terhadap insiden serangan berkenaan.
"Jika polis telah katakan suspek bertindak berseorangan dan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan JI, kita harus percaya," katanya.
Dalam kejadian pada jam 2.30 pagi Jumaat, dua anggota di Balai Polis Ulu Tiram, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala seorang lagi parah selepas ditetak dan tembak suspek.
Anggota polis yang cedera akibat ditembak itu kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 19 2024

Ahmad (depan, tengah) bersama penuntut selepas perasmian operasi Pusat Pendigitalan Kompetensi Kemahiran Pembinaan di ABM Wilayah Selatan, Tampoi, Johor Bahru pada Ahad.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).