SINGAPURA: Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) pada Sabtu berkata langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan.
"Pelancong harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan kerana pemeriksaan yang diperketat dan mengambil kira masa tambahan yang diperlukan untuk urusan imigresen.
"Sama ada di Singapura atau melancong ke luar negara, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang individu atau aktiviti yang mencurigakan kepada polis dengan segera," kata MHA dalam kenyataan.
MHA berkata kementerian dan Jabatan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri telah memantau perkembangan keselamatan global dan serantau dengan teliti, termasuk serangan di Johor pada Jumaat yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) juga telah berhubung dengan rakan sejawat mereka di Malaysia.
Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang manakala Koperal Mohd Hasif Roslan ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail.
Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini berkata suspek berusia 21 tahun yang terbunuh dalam serangan itu dipercayai bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain malam ini menjelaskan bahawa kenyataan awal tentang suspek sebagai ahli JI adalah berdasarkan penglibatan bapanya dengan kumpulan pengganas tersebut.
"Suspek tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak mempunyai kaitan dengan JI. Dia tidak terlibat dalam keganasan," kata Razarudin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

MHA pada Sabtu berkata langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia
Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah.

Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.

Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.

Polis Indonesia digesa teruskan pengawasan terhadap JI susulan pengumuman pembubaran
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.

Jemaah Islamiyah bubar, anggota serius turuti undang-undang
Menerusi video yang tular di media sosial, mereka menegaskan komitmen untuk menuruti undang-undang serta taat setia kepada Indonesia.

Sah! Jemaah Islamiyah Indonesia bubar
Ahli tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2022, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis.

5 ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ditahan bawah Sosma
Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
![[LAPOR LANGSUNG] Serangan balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI [LAPOR LANGSUNG] Serangan balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649854124_PerondaPolis.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Serangan balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.

Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.