Vietnam, Malaysia antara negara ASEAN rekod lonjakan jualan EV
Maybank IB Research berkata peraturan yang menggalakkan, jenama tempatan dan penembusan pembuat kereta China akan memacu jualan lebih tinggi.
Bernama
Sun Aug 04 2024
Kelebihan sel bateri secara global akan memberi manfaat kepada ASEAN menjadikan EV lebih berdaya saing dari segi harga berbanding petrol. - Gambar hiasan
HANOI: Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) menyaksikan peningkatan dalam jualan kenderaan elektrik (EV) di Vietnam, Malaysia dan Indonesia, menurut Maybank Investment Bank Research (Maybank IB Research).
Badan penyelidikan itu berkata peraturan yang menggalakkan, jenama tempatan dan penembusan pembuat kereta China akan memacu jualan lebih tinggi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Syarikat ASEAN yang bekerjasama dengan pembuat kereta China untuk pembuatan dan jualan serta firma syarikat rantaian nilai bateri akan mendapat manfaat daripada lonjakan EV, katanya, sambil menghuraikan bahawa mereka disokong oleh sumber mineral dan ekosistem yang berkaitan dengan bateri, serta pangkalan pengeluaran automotif yang besar dan permintaan yang kukuh.
Maybank IB Research juga menyatakan bahawa kelebihan sel bateri secara global akan memberi manfaat kepada ASEAN menjadikan EV lebih berdaya saing dari segi harga berbanding petrol.