KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) menyasarkan pelaburan kenderaan elektrik (EV) dapat menarik pelaburan sebanyak RM20 bilion menjelang 2025.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jumlah itu diunjurkan akan meningkat kepada RM40 bilion pada 2030.
"Kita perlu melihat ekosistem EV dan rantaian bekalan secara menyeluruh dan kita juga akan membincangkan lebih lanjut bersama pasukan petugas mengenai usaha memperkukuhkan lagi industri EV ini ," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian memorandum (MoA) antara Artroniq Bhd (Artroniq) dan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Beno Inc di sini hari ini
Zafrul berkata industri EV harus dilihat secara menyeluruh dan merangkumi faktor seperti perisian, teknikal, peralatan, kejuruteraan dan sebagainya.
Sementara itu, menerusi MoA yang ditandatangani hari ini, Artroniq diberi hak pemasangan penuh bagi rangkaian produk basikal elektrik dibawah jenama Reevo bagi tempoh dua tahun.
MoA berkenaan bernilai melebihi RM100 juta menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia.
Lebih 95 peratus basikal elektrik yang yang dikeluarkan oleh Beno dieksport ke AS dan Eropah, katanya.
"Bagi fasa pertama, Artroniq telah mengenalpasti fasiliti yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang bagi proses pemasangan produk tersebut dan kami memperuntukkan RM5 juta utk menyediakan kilang tersebut disamping mengupah tenaga kerja," katanya.
Liaw berkata syarikat tersebut menjangkakan penghasilan kira-kira 2,000 unit basikal elektrik sebulan bermula Mac ini selepas mendapat persetujuan pemegang saham syarikat tersebut menerusi mesyuarat am tahunan yang akan diadakan pada Februari nanti.
Ditanya mengenai prospek syarikat tersebut, beliau memberitahu syarikat yang disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia mensasarkan sektor pembuatan untuk menyumbang sebanyak 50 peratus kepada keuntungan syarikat dalam jangka masa dua tahun dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang merupakan aktiviti utama syarikat tersebut.
"Pada masa akan datang, kita akan membahagikan aktiviti syarikat kepada dua, iaitu ICT dan pembuatan, dimana usahasama dengan Beno dikategorikan dibawah cabang pembuatan," jelas beliau.
Artroniq dilihat aktif mempelbagaikan aktiviti syarikat ICT sejak tahun lepas, syarikat tersebut bekerjasama dengan bank digital Cambodia, Panda Commercial Bank PLC untuk menyediakan perkhidmatan dan perundingan dalam penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan kewangan berasaskan lejer digital terbuka untuk bank tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Zafrul berkata industri EV harus dilihat secara menyeluruh dan merangkumi faktor seperti perisian, teknikal, peralatan, kejuruteraan dan sebagainya. - Foto BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Vietnam, Malaysia antara negara ASEAN rekod lonjakan jualan EV
Maybank IB Research berkata peraturan yang menggalakkan, jenama tempatan dan penembusan pembuat kereta China akan memacu jualan lebih tinggi.

VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen.

MITI sasar kenderaan EV tarik pelaburan sebanyak RM20 bln menjelang 2025 - Tengku Zafrul
Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) menyasarkan pelaburan kenderaan elektrik (EV) dapat menarik pelaburan sebanyak RM20 bilion menjelang 2025.