Majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) diingatkan supaya tidak mengambil sikap sambil lewa atau tunggu dan lihat untuk mendaftar menerusi Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mereka sepatutnya segera mengguna peluang itu dan bukannya menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.
"Kita pernah melakukan program sama sebelum ini dan sekarang kita melaksanakannya sekali lagi bagi memberi peluang kepada majikan mendaftarkan pekerja mereka supaya PATI boleh mendapat permit kerja yang sah.
"Jangan tunggu saat-saat akhir kerana jika majikan dikesan menggunakan pekerja asing tidak sah, mereka boleh dikenakan denda dan ini akan merugikan mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata Jabatan Imigresen giat melaksanakan operasi secara bersepadu bagi mengesan PATI di seluruh negara dan tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan yang melindungi atau menggaji mereka.
Nur Jazlan berkata program itu yang turut dikenali sebagai Program 'Rehiring' bermula pada 15 Februari lepas dengan 8,689 permohonan daripada 1,144 majikan diterima sehingga semalam.
"Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan program ini yang dilaksanakan menerusi dalam talian dan semua pihak khususnya majikan perlu bersama dengan kerajaan untuk menjayakannya," katanya sambil menyangkal dakwaan kononnya program itu kurang mendapat sambutan daripada majikan.
"Ada pihak yang cakap program ini kurang berjaya dan tidak mendapat sambutan daripada majikan, tetapi saya ingin tanya kepada mereka apakah fakta yang mereka gunakan untuk membuat kenyataan sedemikian.
"Program ini masih awal, kita berharap mereka yang cakap program ini tidak mendapat sambutan membantu kerajaan menyelesaikan masalah PATI ini, bukannya hanya merungut dan komen sahaja," katanya.
Kurang dapat sambutan
Semalam, Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Krishnam berkata program itu kurang mendapat sambutan majikan manakala Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan pula menyatakan program itu seperti dipandang dingin oleh majikan.
Mengulas lanjut mengenai situasi lambakan PATI di negara ini, Nur Jazlan berkata sebahagian besar masalah itu berpunca daripada sikap majikan sendiri yang mahukan pekerja asing tetapi tidak mahu bertanggungjawab ke atas mereka.
Katanya ada kalangan majikan yang menjanjikan gaji lumayan kepada pekerja asing namun apabila pekerja terbabit tiba di Malaysia, janji itu tidak dipenuhi menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan lain.
Situasi itu menyebabkan pekerja asing merasa teraniaya, hilang punca dan arah tujuan yang akhirnya mungkin menyebabkan mereka terlibat dalam masalah sosial yang menjejaskan keselamatan rakyat negara ini, katanya.
"Mereka (majikan) sendiri yang mahukan pekerja asing, selepas mereka dibenarkan menggaji pekerja asing, pekerja itu dianiaya kemudian semua pihak menunding jari menyalahkan kerajaan.
"Akhirnya kerajaan jugalah yang terpaksa menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sesetengah majikan yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.
Bernama
Tue Feb 23 2016
Jabatan Imigresen giat melaksanakan operasi secara bersepadu bagi mengesan PATI di seluruh negara dan tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan yang melindungi atau menggaji mereka. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Nur Jazlan lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Tajikistan
Rahmon menyatakan hasrat serta kepentingan mengukuhkan lagi kerjasama serta hubungan erat antara Parlimen Tajikistan dan Parlimen Malaysia.
Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan
Tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mahu memanggil Peguam Negara dan bekas Peguam Negara mengenai kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai luar biasa.
Ahmad Zahid yakin PH-BN menang mudah PRK Parlimen Pulai
Ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu.
Jangan jadikan Ahmad Zahid 'kambing hitam' - Nur Jazlan
UMNO dinasihatkan supaya tidak mudah menyalahkan seorang individu sahaja susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN lepas.
Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara
Berdasarkan pengalaman sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan rasa mampu untuk menjalankan tugas ini.
Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19
Nur Jazlan pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas keputusan dibuat melalui proses pengundian bersurat.
Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara
Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan DUN Perak pada 25 Mei lepas.
'Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman
Nur Jazlan seharusnya lebih mengutamakan kepada penilaian beliau yang kalah di kerusi Parlimen Pulai selama dua penggal berturut-turut.