Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menghadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran isterinya pada bulan Disember.
Najib, 66, berkata jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat, pada 22 Disember 2014.
Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan perkara berkenaan semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Rahmat Hazlan.
Najib juga memberitahu mahkamah beliau membelanjakan RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di Bangkok, Thailand, pada Januari 2015 melalui kad kreditnya untuk percutian peribadinya di negara itu.
"Meskipun perjalanan itu percutian peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thailand saya, Prayut Chan-o-Cha, untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir teruk yang kita hadapi.
"Pembayaran RM120,000 di Hotel Shangri-La meliputi penginapan saya dan kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan ini, termasuklah perbelanjaan di luar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan ini," katanya.
Beliau berkata, transaksi di Shangri-La itu selepas lawatannya ke Kota Bharu, Kelantan, untuk memeriksa keadaan banjir di sana dan beliau terus menyambung percutian peribadi di Bangkok.
Katanya, ia menjadi haknya untuk menuntut kembali perbelanjaan daripada kerajaan memandangkan beliau membuat kerja sewaktu percutiannya.
"Tetapi, saya memilih untuk menanggung kesemua perbelanjaan atas diri sendiri memandangkan saya tidak mahu merumitkan perkara dan telah melakukan budi bicara saya dengan sewajarnya," katanya.
Mengenai RM3,282,734.16 yang dikenakan oleh sebuah kedai tukang emas di Sardinia, Itali, pada 8 Ogos, 2014, Najib berkata perbelanjaan itu dilakukan untuk membeli barang kemas sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan Timur Tengah.
Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019

Menurut Najib, jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat, pada 22 Disember 2014. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah
Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.

Jam tangan RM466,000 hadiah hari jadi buat Rosmah daripada Najib
Najib dedah hadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran.