PUTRAJAYA: Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah menerima hadiah istimewa sempena hari ulang tahun kelahirannya ke-20 hari ini apabila merangkul tiga pingat emas pada Kejohanan Ski Air dan Wakeboard Malaysia.
Pada aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6, di sini, Aaliyah memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.
"Sejujurnya saya tidak berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini kerana kejohanan ini adalah untuk membawa acara ski di Malaysia selepas tidak diadakan selama empat tahun. Tetapi sebaliknya, saya diberkati dengan ersembahan yang baik.
"Malah sungguh manis untuk memenangi pada hari ulang tahun kelahiran ke-20," katanya kepada pemberita, di sini..
Aaliyah memaklumkan tumpuannya kini beralih kepada Kejohanan Dunia Terbuka di Florida, Amerika Syarikat pada Oktober depan.
Beliau menyasarkan untuk sekurang-kurangnya layak sehingga ke final bagi acara jump dan tricks pada kejohanan berprestij itu selepas dijangka berdepan beberapa pencabar hebat daripada negara lain.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang pada kejohanan itu, berkata dalam mempromosi bidang sukan air negara, beliau sedang berbincang dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk memastikan Kompleks Sukan Air terus diselenggara dengan baik.
"Ini supaya lebih banyak pertandingan seperti ini (ski air) boleh dianjurkan di Malaysia," katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada Aaliyah atas pencapaiannya.
Mengenai program Rakan Muda, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam siri perbincangan dengan rakan strategik termasuk kementerian lain untuk mengkoordinasikan kesemua program berkaitan di bawah payung Rakan Muda.
Program Rakan Muda yang diperkenalkan semula dan diberikan nafas baharu oleh KBS merupakan antara usaha pembangunan jati diri golongan belia di Malaysia.
Selain itu, ia juga merupakan persiapan bagi melahirkan generasi dengan cita-cita murni dan nilai kemanusiaan tinggi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara hebat di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Aaliyah Yoong Hanifah menerima hadiah istimewa sempena hari ulang tahun kelahirannya ke-20 hari ini apabila merangkul tiga pingat emas pada Kejohanan Ski Air dan Wakeboard Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida
Atlet berusia 20 tahun itu mengumpul 8,450 mata mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada Terbuka Asia iaitu 8,080 mata di Fluid Summer Showdown pada Jun 2022.

Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.

Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.

Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah
Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.

Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.

Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022
Aaliyah dan Aiden dijemput untuk bertanding dengan beberapa pemain ski terbaik di Max Kirwan Ski Park Mulwala, New South Wales.

Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.

Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022
Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.

Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.

Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini.