KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.
Atlet berusia 18 tahun itu berjaya meraih emas selepas mencatat 2,668.52 mata keseluruhan, mengatasi peluncur Chile, Gonzalez Valentina (2,323.40 mata) dan Willian Courtney (2,082.85 mata) dari New Zealand, yang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
Aaliyah Yoong turut meraih gangsa bagi acara "tricks" terbuka wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan mengumpul 7,050 mata pada pusingan akhir kejohanan yang berlangsung di Sungai Yarra itu.
Pingat emas milik peluncur Kanada Ross Neilly yang mencatat 10,390 mata, manakala wakil Amerika Syarikat Erika Lang (10,260 mata) meraih perak.
Namun, Aaliyah Yoong terlepas kedudukan podium bagi acara "jump" terbuka wanita apabila menamatkan saingan di tempat keempat dengan lompatan sejauh 39.1 meter (m), di belakang pemenang emas mewakili tuan rumah Caroll Jacinta (58.5m), Valentina (45.7m) dan seorang lagi atlet Australia Wooderson Casey (43.0m).
Bagi acara "slalom" pula, Aaliyah Yoong berada di tempat kesembilan selepas terkandas seawal pusingan kedua.
"Ini Kejohanan Moomba Masters terbaik pernah saya sertai. Apa yang pasti minggu ini cukup luar biasa buat saya dan kemuncaknya sudah tentu apabila menduduki tempat ketiga dalam acara 'trick' terbuka wanita, yang merupakan kedudukan podium peringkat dunia pertama saya bagi kategori terbuka.
Saya juga gembira kerana berjaya melakukan dua lompatan peribadi terbaik berturut-turut iaitu 39.1m dan 41.4m bagi kategori remaja, sekali gus memecah rekod kebangsaan dua kali dalam tempoh dua hari. Saya sangat gembira dengan prestasi saya di sini dan ini sudah tentu meningkatkan lagi keyakinan saya pada masa depan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, beliau berjaya merangkul tiga emas dalam acara "jump", "tricks" dan keseluruhan, serta satu gangsa dalam acara "slalom" bagi kategori remaja pada kejohanan itu.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) Hanifah Yoong turut gembira menyaksikan perkembangan yang ditunjukkan Aaliyah.
"Ini adalah ujian terbaik pada usianya sekarang dan beliau membuktikan daya saingnya di peringkat dunia dengan memasuki pusingan akhir bagi acara 'trick' dan 'jump' dalam kategori terbuka. Aaliyah juga membuktikan beliau semakin berdikari dan boleh menguruskan acaranya sendiri selepas pergi ke Melbourne bersendirian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida
Atlet berusia 20 tahun itu mengumpul 8,450 mata mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada Terbuka Asia iaitu 8,080 mata di Fluid Summer Showdown pada Jun 2022.

Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.

Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.

Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah
Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.

Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.

Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022
Aaliyah dan Aiden dijemput untuk bertanding dengan beberapa pemain ski terbaik di Max Kirwan Ski Park Mulwala, New South Wales.

Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.

Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022
Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.

Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.

Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini.