JABATAN Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim) menyangkal dakwaan bahawa produk mee segera dari Korea Ramyeon-Samyang adalah tidak halal, seperti mana yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim mengesahkan bahawa mee segera itu adalah halal.
"Status halal produk itu kembali viral di Facebook berikutan tindakan segelintir pihak yang mendakwa mee segera berkenaan adalah haram.
“Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh Jakim beberapa bulan yang lalu, mereka mendapati mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan.
Malah, produk itu juga merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.
Tambah Jakim, KMF mendakwa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan.
Pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF.
"Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana tiada DNA khinzir dikesan pada produk tersebut.
“Sehubungan itu pengguna dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan," tegas JKM.
Terdahulu, beberapa pihak mendakwa produk daripada Korea ini tidak halal, sekali gus menarik perhatian netizen di media sosial.
Kohilah Sekaran
Tue Jun 14 2016

Jakim menyangkal dakwaan bahawa produk mee segera Ramyeon-Samyang adalah tidak halal, seperti mana yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pembinaan stadium baharu KDAFC tidak guna 'duit' kerajaan negeri - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa projek pembinaan stadium baharu KDAFC tidak langsung melibatkan dana kerajaan negeri.

Jakim sahkan mee segera Korea, Ramyeon-Samyang adalah halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim) menyangkal dakwaan bahawa produk Mee segera Ramyeon-Samyang adalah tidak halal, seperti mana yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

Khairy enggan ulas perihal sokongan Syed Atif kepada Ahli Parlimen Langkawi
Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut tentang sokongan Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar terhadap kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

Isu 'duit rakyat': Fahami kerangka asas ekonomi - Syed Atif
Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar memberi kenyataan sokongan kepada Ahli Parlimen Langkawi berkenaan isu 'duit kerajaan bukan duit rakyat'.