ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa projek pembinaan stadium baharu Kedah Darul Aman FC (KDAFC) yang dijangka akan dibina di Sungai Petani tidak langsung melibatkan penggunaan wang atau dana daripada kerajaan negeri.
Sebaliknya, tegas beliau, projek itu merupakan satu usaha sama antara Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang telah menyediakan tapak tanah serta KDAFC sendiri yang akan menyalurkan dana bagi membangunkan stadium berkenaan.
Tambah Sanusi, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), beliau akan membawa cadangan pembangunan tapak stadium itu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah untuk diluluskan memandangkan ianya bakal memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya penduduk sekitar Sungai Petani.
"Apabila KDAFC cadang untuk membina stadium (yang) ada pusat latihan sendiri, saya (terus) kata (ianya) boleh dijalankan (dan) dilaksanakan secara joint venture antara KDAFC dengan MPSPK, (di mana) tanah milik MPSPK (manakala) dana pembinaan (ditanggung) KDAFC,
"(Pasal macam mana nak cara dana itu) KDAFC ada cara dia untuk buat 'fundraising' bagi pembinaan stadium, mereka (di KDAFC) sudah tengok stadium Johor Darul Ta'zim (JDT) kualitinya (dengan stadium baharu ini difahamkan) dekat-dekat (hampir sama) walaupun tidak sampai setaraf (JDT) itu,
"Mereka (KDAFC dan MPSPK) turut maklumkan bahawa mereka telah buat keputusan untuk JV dan (di pihak) saya, akan bawa untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas (kita lihat) mereka serius kita akan bincang perkara itu, (jadi saya nak maklumkan) bukan pakai duit kerajaan negeri hendak buat (projek stadium itu), (tetapi atas usaha sama) KDAFC dan MPSPK," tambahya.
Sanusi berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Widad K-League 2022 di Seri Mentaloon, Anak Bukit pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa projek pembinaan itu akan merangkumi beberapa bahagian seperti stadium dan pusat latihan KDAFC selain padang awam bagi kegunaan orang ramai.
"'Design sudah siap, sudah ada, saya sudah tengok design itu, sangat cantik, ada yang part khusus untuk KDAFC dan padang latihan, ada yang open untuk orang ramai, dia kena open untuk orang ramai sebab tanah MPSPK dan kerajaan, jadi kena JV, ada yang 'open' untuk yang riadah dan sukan dan ada khusus untuk pasukan KDAFC," kata Muhammad Sanusi.
"(Usaha dalam memulakan gerak kerja ini akan dilakukan) very soon, tahun ini juga, bukan tahun ini siap stadium (itu), tahun ini akan ada keputusan (berkaitan kelulusan daripada MMK), design (terakhir) dan (beberapa) ketetapan (lain), saya harap sebelum pilihan raya ada (majlis) pecah tanah, (mahu) bagi mereka (individu yang suka membidas saya) marah sikit," tambahnya.
Sabtu lalu, Muhammad Sanusi menyatakan bahawa KDAFC optimis atas usaha untuk membina sebuah stadium baharu buat pemain sekali gus mampu meletakkan mereka sebaris dengan JDT.
Jelasnya, stadium berkenaan bakal menyediakan pelbagai kemudahan dan akan menjadi pusat latihan pemain.
Abd Hadi Che Awang
Wed Feb 16 2022
Sabtu lalu, Muhammad Sanus menyatakan bahawa KDAFC optimis atas usaha untuk membina sebuah stadium baharu buat pemain sekali gus mampu meletakkan mereka sebaris dengan JDT. - Gambar fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.
Kartel padi kawal industri - Sanusi
Kartel padi didakwa sudah lama wujud dalam industri padi negara menyebabkan hasil padi dan pendapatan pesawah tidak meningkat seiring dengan peningkatan teknologi.
Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah esok
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, esok.
PRN: Sanusi tidak pasti namanya ada dalam senarai MB Kedah baharu
Meminta jawatan Menteri Besar bukan disiplin dalam parti Pas, kata Sanusi.