ALOR SETAR: Kerajaan Kedah terpaksa menggantikan kawasan baharu bagi projek-projek ladang hutan yang telah diluluskan sebelum ini, sekiranya ia didapati mendatangkan risiko kepada alam sekitar dan penduduk.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan dengan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.
"Kekangan yang kita hadapi, kelulusan (untuk projek ladang hutan) telah diberi terlalu banyak ... ada kelulusan lama yang telah mengikat kita, dari segi undang-undang kita tidak boleh batal atau kita terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang kalau kita membuat pembatalan.
"Cuma kita boleh (beri) kelulusan baharu untuk ganti ... macam ada kelulusan dulu projek ladang hutan di dalam Hutan Simpan Ulu Muda, kalau periksa dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memang ada kelulusan baharu, tapi kelulusan itu untuk ganti projek ladang hutan di Hutan Simpan Ulu Muda," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini, pada Rabu.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kebimbangan penduduk susulan kerja-kerja penebangan pokok yang sedang dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Bongsu, Kulim dipercayai untuk laluan pembalakan dan projek ladang hutan.
Muhammad Sanusi berkata, sekiranya ada projek ladang hutan yang mendatangkan risiko, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit untuk membatalkan kelulusan projek di kawasan itu dan menggantikan dengan kawasan baharu.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, dua projek loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau telah diberikan lanjutan masa (EOT) iaitu masing-masing pada Januari 2025 dan April 2025.
Beliau berkata, EOT itu diberikan selepas syarikat kontraktor yang berkaitan membuat permohonan kepada Jabatan Kerja Raya berdasarkan aspek-aspek teknikal dan isu-isu yang timbul berkaitan projek berkenaan.
"Di Sungai Limau ia telah diberikan EOT kali kedua dan syarikat kontraktor terbabit akan didenda sekiranya serahan projek dari tarikh yang telah ditetapkan ... di Bukit Selambau, EOT hingga April, selepas tarikh itu ia juga akan didenda," katanya.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya berpandangan kekangan yang dihadapi oleh syarikat kontraktor terbabit disebabkan kenaikan harga bahan binaan sejak keputusan tender bagi projek-projek terbabit dikeluarkan pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Kerajaan Kedah terpaksa menggantikan kawasan baharu bagi projek-projek ladang hutan yang telah diluluskan sebelum ini, sekiranya ia didapati mendatangkan risiko kepada alam sekitar dan penduduk, kata Muhammad Sanusi.
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Projek ladang hutan bukan perkara haram, ikut peraturan" - MB Perak
Saarani jawab dakwaan Pengerusi PSM yang kerajaan negeri Perak sedang merancang menebang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong.

Ahmad Yakob dakwa tak pernah lulus projek pembalakan baru
Katanya sepanjang tempoh lima tahun beliau menerajui kerajaan, tiada kelulusan diberi untuk pengecaman dalam hutan simpan.