ALOR SETAR: Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setiap tahun kerajaan negeri akan membeli pelbagai aset termasuk kenderaan, dan pada tahun ini memutuskan untuk membeli sebuah kenderaan rasmi Menteri Besar.
Menurutnya, ia berikutan sejak beliau dilantik menerajui negeri ini, pembelian kenderaan baharu untuk kegunaan Menteri Besar belum pernah dilakukan.
“Nombor KCX 8 kereta rasmi MB, sejak saya jadi Menteri Besar, kerajaan negeri tak pernah beli kenderaan baharu untuk kegunaan saya.
“Selama itu, saya gunakan kereta Mercedes Benz yang dibeli bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak pada tahun 2012 dan kereta dibeli Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2014,” katanya di sini pada Ahad.
Sanusi berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan yang tular di media sosial bahawa beliau membeli kereta rasmi baharu bernilai lebih RM400,000 selepas tular foto kereta jenama Hyundai Palisade.
Menurutnya lagi, keperluan membeli kenderaan tersebut adalah bagi menggantikan kedua-dua kereta sedia ada yang kerap mengalami kerosakan, bukannya untuk bermewah.
“Dua-dua Mercedes Benz itu pernah ‘ranap’ tengah jalan, kerap bagi masalah dan sampai ke satu peringkat tidak lagi ekonomik digunakan, namun kita bawa ke bengkel perbaiki sebab nampak macam elok lagi.
“Alat gantian pula mahal, sekali baiki cecah puluhan ribu ringgit. Jadi tidak ekonomik untuk gasak kereta itu lagi,” jelasnya.
Sanusi memaklumkan, disebabkan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membeli kenderaan yang lebih lasak kerana beliau sering membuat perjalanan jauh untuk lawatan kerja.
“Pergerakan kerja saya selaku Menteri Besar sangat banyak, tak tentu masa, dalam sebulan cecah puluh ribu kilometer perjalanan, perlu ada kereta yang lasak.’
“Bukan kereta mewah pun, jenama itu biasa saja. Kalau saya nak beli untuk kegunaan peribadi pun saya mampu tetapi memandangkan dibeli oleh kerajaan negeri, jadi saya guna lah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sanusi menempelak Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang cuba mengaitkan pembelian kenderaan tersebut dengan isu kegagalan pembayaran gaji pekerja Kedah Agro, yang disifatkan tiada kaitan.
“Semua yang cemburu dengan kereta itu, tunggu hampa (anda) jadi MB, belilah. Bukan isu pun, dalam politik kalau hanya main isu kereta, lebih elok pergi mengaji Tadika.
“Orang zaman sekarang dah tak bercakap isu kereta dalam politik, dunia sudah jauh ke depan, hampa masih main isu lapuk (kereta).
“Yang bercakap pun kalah banyak dalam PRU lepas, kalah di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) lebih banyak masa kalah di peringkat Parlimen,” katanya lagi.
Justeru, Sanusi mencabar Shaiful Hazizy untuk membangkitkan isu lebih mencabar daya intelektual, dan bukan sekadar sengaja menimbulkan kekecohan mengenai pembelian kereta tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024

Gambar tular di media sosial memaparkan kenderaan rasmi baharu Sanusi berjenama Hyundai Palisade. Gambar kecil: Sanusi - Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.