Tindakan penguatkuasaan ke atas pusat berkenaan, dilakukan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).
Menerusi hantaran di Facebook, MPAG memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan pemeriksaan di premis itu, dengan antara yang diperiksa termasuk dokumen dan pakaian yang mempunyai gambar pengasasnya.
Sementara itu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi hari ini enggan mengulas mengenai serbuan berkenaan, memandangkan siasatan masih dijalankan.
Media pada 14 Okt melaporkan rawatan perubatan tabib itu difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.
Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata perkara itu ditetapkan pada 12 Sept, setelah hasil kajian mendapati rawatan di pusat itu mempunyai elemen keraguan dan JAIM diminta mengambil tindakan lanjut termasuk membuat sesi wawancara dengan mereka secara bersemuka.
-- BERNAMA