ALOR GAJAH: Pasar Masjid Tanah diarahkan tutup selama sepuluh hari bermula Selasa bagi tujuan sanitasi.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memaklumkan pasar awam berkenaan ditutup pada 27 Julai hingga 8 Ogos depan selepas terdapat ahli keluarga salah seorang peniaga barangan borong disahkan positif COVID-19.
Menurutnya, sebagai langkah awal Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah meminta MPAG membuat penutupan pasar tersebut dan semua peniaga pasar atau mana-mana individu yang mempunyai kontak dapat menjalani saringan COVID-19.
"Sepanjang tempoh penutupan itu tiada sebarang aktiviti perniagaan dibenarkan dijalankan di pasar itu," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika dihubungi mengesahkan sebuah pasar raya yang beroperasi di Masjid Tanah pada tahun lalu turut diarahkan tutup bermula Isnin sehingga 5 Ogos depan.
Katanya, orang ramai dinasihatkan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.
Artikel asal di Sinar Harian: Pasar Masjid Tanah, pasar raya ditutup untuk sanitasi
Sinar Harian
Mon Jul 26 2021
Pasar Masjid Tanah ditutup 10 hari bermula Selasa. -Foto Sinar Harian
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Pasar Masjid Tanah, pasar raya ditutup untuk sanitasi
Ia ditutup hingga 8 Ogos depan selepas terdapat ahli keluarga salah seorang peniaga barangan borong disahkan positif COVID-19.