PADANG BESAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat untuk menjaga keharmonian, menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan peraturan serta menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Bertitah merasmikan majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri 1446H/2024M di sini malam tadi, baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.
"Sikap bertoleransi, saling memaafkan, sentiasa menepati dan melaksanakan tanggungjawab serta santun hendaklah dibudayakan. Yakinlah, aset utama paling bernilai yang kita ada ialah perpaduan," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah setiap warganegara juga perlu menjunjung dan berpegang teguh dengan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan kerana di situ terletaknya kunci keadilan dan penyatuan selain sumber keharmonian dan kesejahteraan hidup.
"Setiap orang hendaklah mengetahui kebolehfungsian yang ada dalam dirinya dan disesuaikan dengan persekitaran sekeliling dalam usaha memberikan sumbangan dan usaha demi agama, bangsa dan negara serta mengutamakan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.
"Nikmat hidup itu pada memberi dan sumbangkanlah sesuatu, walaupun kecil ia tetap menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan umat seluruhnya," titah baginda.
Dalam pada itu Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah agensi-agensi agama negeri perlu terus berusaha mempertingkatkan tahap profesionalisme dan menggiatkan usaha pembangunan kerohanian masyarakat sama ada berbentuk pengisian ilmu, pengimarahan masjid dan sebarang aktiviti seumpamanya.
Baginda bertitah, penghayatan peristiwa hijrah dalam sirah juga perlu diterapkan kepada ummah, bermula dengan pejabat kerajaan, masjid, surau, institusi pengajian tinggi, sekolah dan medium lain termasuk pusat pemulihan supaya penghijrahan minda, adab dan budaya warga Perlis terlaksana secara sekata dan bersepadu.
Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Datuk Wan Ariff Wan Hamzah yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Turut berangkat pada majlis di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Wan Ariff selepas merasmikan Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri 1446H/2024M di Bukit Chabang dekat Padang Besar malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Sukma: Kontinjen Perlis diingatkan hindari gejala dadah, rasuah - Pemangku Raja Perlis
Kontinjen Perlis diingatkan menghindari gejala tidak sihat berkaitan penyalahgunaan dadah serta rasuah selain menjaga keselamatan diri dan kesihatan sewaktu berlangsung temasya Sukan Malaysia (Sukma)

Jaga keharmonian, berikan sumbangan kepada agama dan negara - Pemangku Raja Perlis
Baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.

Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.

Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.

Raja Muda Perlis, Tengku Mahkota Pahang beri penghormatan terakhir kepada Taib Mahmud
Pemangku Raja Perlis dan Tengku Mahkota Pahang berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Syarikat dari AS dipelawa melabur di Perlis - Pemangku Raja
Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa syarikat-syarikat di Amerika Syarikat yang berhasrat mengembangkan perusahaan mereka di Malaysia untuk meneroka pelabur

Perlis berpotensi jadi tarikan utama ekopelancongan - Pemangku Raja Perlis
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis berpotensi menjadi antara tarikan ekopelancongan utama pada masa hadapan.

Perpaduan aset utama Malaysia Madani - Pemangku Raja Perlis
Perpaduan merupakan aset utama dan yang paling bernilai dalam mencapai Malaysia MADANI, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Penubuhan PUSPEN bukan sekadar pusat pemulihan - Pemangku Raja Perlis
PUSPEN bukan sekadar sebagai tempat pemulihan penagihan dadah sebaliknya bagi mengajar erti kehidupan sebenar, titah Tuanku Syed Faizuddin.