KANGAR: Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semua pihak perlu memberikan ruang seluas-luasnya kepada guru untuk terus berkarya dan berkreativiti dalam menyampaikan pengajaran berkesan kepada pelajar.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli Khas bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2024 di Homestay "Bukit Chabang Guest House" di Padang Besar semalam, menerusi kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dikeluarkan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, baginda turut berkenan mendengar taklimat sembah maklum berkaitan pelaksanaan inisiatif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
Sementara itu, Mohd Nazim melalui kenyataan itu berkata, FCoEE ialah sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang ditubuhkan MAIPs bagi membantu sistem pendidikan di Perlis melalui program sokongan dan inisiatif konsisten.
Mohd Nazim turut meminta agar penubuhan FCoEE dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjadi pemangkin kepada ekosistem pendidikan yang menyokong komuniti pendidikan Perlis dalam perubahan arus pendidikan perdana dan berteknologi.
"FCoEE ibarat satu 'hadiah' daripada MAIPs untuk komuniti dan ekosistem pendidikan di negeri Perlis tercinta," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Syed Faizuddin bertitah, semua pihak perlu memberikan ruang seluas-luasnya kepada guru untuk terus berkarya dan berkreativiti dalam menyampaikan pengajaran berkesan kepada pelajar. - Gambar fail BERNAMA

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.