PADANG BESAR: Falsafah penubuhan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) bukan sekadar sebagai tempat pemulihan penagihan dadah sebaliknya bagi mengajar erti kehidupan sebenar, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah, PUSPEN juga memberikan asas ilmu berkaitan kerohanian, pengurusan diri dan kemahiran hidup untuk mendepani penolakan sosial.
"Ia juga membina semula keyakinan, kemahiran dalam bidang pekerjaan dan kefungsian diri dalam erti kata hidup sebenar," titah baginda pada Majlis Perasmian PUSPEN Bukit Chabang di sini malam ini.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan barisan exco kerajaan negeri.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah meskipun mungkin terdapat pandangan sinikal dan stigma segelintir masyarakat terhadap usaha membanteras gejala dadah, AADK tetap teguh dengan iltizamnya melaksanakan penguatkuasaan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
"Beta berharap AADK akan terus memberikan tahap prestasi perkhidmatan yang tinggi dalam menerajui program rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara ini," titah baginda.
Baginda bertitah kejayaan pemulihan penagihan dadah perlu dijalankan secara kolektif dan tanggungjawab itu tidak boleh digalas oleh AADK sahaja.
"Komitmen dan keterlibatan semua pihak meliputi klien itu sendiri, seluruh ahli keluarganya, komuniti setempat, jabatan-jabatan, badan bukan kerajaan dan pemimpin di peringkat akar umbi penting," titah baginda. - BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat pada perasmian PUSPEN Bukit Chabang, Perlis malam tadi. Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. - Gambar BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.

Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.

Pemulihan menerusi aktiviti lasak kaedah baharu rawat ketagihan dadah
Pendekatan 'adventure recovery' atau pemulihan menerusi aktiviti lasak menjadi kaedah baharu diperkenal Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Merdeka fikiran, bekas penagih perlu sokongan moral masyarakat dan keluarga
Masyarakat seharusnya memerdekakan fikiran daripada persepsi negatif terhadap bekas penagih dadah sebaliknya menzahirkan sokongan moral kepada golongan itu.

Penubuhan PUSPEN bukan sekadar pusat pemulihan - Pemangku Raja Perlis
PUSPEN bukan sekadar sebagai tempat pemulihan penagihan dadah sebaliknya bagi mengajar erti kehidupan sebenar, titah Tuanku Syed Faizuddin.

KDN sasar 75 peratus klien AADK pulih tahun ini - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri menyasarkan sebanyak 75 peratus daripada 100 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pulih pada tahun ini.

AADK adakan sesi lawatan khas keluarga, penjaga sempena Aidilfitri
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan (RPDI) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara.

Jangan pandang negatif warga PUSPEN - Hamzah
Hamzah berkata, sebahagian mereka berjaya menjadi usahawan, ahli perniagaan malah mencapai tahap tinggi dalam pendidikan.

Hari Raya Aidiladha: Lawatan khas klien di Puspen ditangguh
Semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga bersama klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara ditangguhkan.