KANGAR: Pemangku Raja Perlis Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa syarikat-syarikat di Amerika Syarikat yang berhasrat mengembangkan perusahaan mereka di Malaysia untuk meneroka pelaburan baharu di Perlis.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) baginda bertitah demikian di majlis penyerahan 'Sumbangan Ibnu Sabil MAIPs' kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, semalam.
Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menyerahkan sumbangan bernilai RM5,000 kepada Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Anil Fahriza Adenan.
Tabung Ibnu Sabil disumbangkan oleh pihak MAIPs kepada beberapa Pejabat Perwakilan negara di luar negara terpilih dengan tujuan membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan saradiri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.
Kenyataan yang sama memaklumkan bahawa Anil Fahriza dalam ucapannya berkata Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan Perlis Inland Port (PIP) yang sedang dibangunkan mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di negeri Perlis dan seterusnya menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan berteknologi tinggi'.
Anil Fahriza berkata sektor-sektor yang disasar membuat pelaburan di Perlis adalah seperti 'green manufacturing', 'renewable energy' serta industri halal, selari dengan pendekatan yang dibawa oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi bersih dan hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa syarikat-syarikat di Amerika Syarikat yang berhasrat mengembangkan perusahaan mereka di Malaysia untuk meneroka pelaburan baharu di Perlis. - Foto fail/BERNAMA
Dominasi AS di lautan dengan kapal pengangkut pesawat
Selepas 14 tahun, kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, Uss Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada November lepas, bagi tujuan lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Untuk siri kedua, Wartawan Firdaus Azil menceritakan pengalamannya bermalam di atas kapal gergasi itu, selain menilai signifikan ‘Abe’terhadap hubungan strategik Malaysia dan Amerika Syarikat.
Empat lubang benam dikesan di Jalan Gua Musang-Lojing
Sebanyak empat lubang benam (sinkhole) dikesan berlaku di laluan Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan setakat ini.
Apple tidak pernah rancang pelan berbayar untuk Apple Intelligence
Tim Cook menyatakan bahawa Apple tidak merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI, melihatnya sebagai revolusi teknologi seperti skrin sesentuh.
150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir akan dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batalkan polisi insurans
Kenaikan kos rawatan hospital swasta berpotensi memberi ancaman kepada sistem kesihatan awam sedia ada susulan peralihan golongan pertengahan M40 yang membatalkan polisi insurans akibat kenaikan harga premium insurans.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin keadaan itu boleh berlaku susulan peningkatan beban jumlah pesakit ke hospital kerajaan.
Pengangkutan awam: Koc wanita diperluas ke laluan Ampang/Sri Petaling
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melaksanakan inisiatif koc wanita di Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Disember 2024.
[TERKINI] Kes CEO GISB, 21 ahli dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Wartawan Astro AWANI melaporkan secara langsung kes 22 ahli termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali yang dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang Oktober lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagaimana diputuskan Hakim Lailatul Zuraida Harron @Harun.
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - MP Bayan Baru
Kerajaan perlu menggubal akta khusus untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
EPL: Di mana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
Masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya sumber kekuatan negara - Raja Muda Perlis
Perbezaan budaya, agama dan bangsa harus dijadikan sebagai sumber kekuatan negara dalam membina sebuah negara yang mampan.
KUIPs perlu lebih agresif capai status universiti penuh - Pemangku Raja Perlis
Pengurusan dan warga kerja Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu lebih agresif bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek memenuhi syarat mencapai status universiti penuh.