St John Ambulance Sarawak (SJAS) meminta kerajaan Persekutuan dan negeri menjadikan bantuan Pernafasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sebagai subjek wajib di semua sekolah di negara ini.
Pengerusi dan Komandan SJAS Datuk Seri Ang Lai Soon berkata kaedah menyelamat nyawa itu perlu dijadikan subjek wajib bukan sahaja di sekolah kebangsaan malah di sekolah antarabangsa, swasta dan institusi pengajian tinggi.
"Kaedah menyelamat nyawa ini boleh diguna pakai dalam pelbagai keadaan kecemasan termasuk serangan jantung atau hampir lemas ketika pernafasan atau denyutan jantung seseorang terhenti secara tiba-tiba.
"Saya berpendapat cara paling berkesan untuk menyelamatkan nyawa ialah dengan melakukan CPR. Sejak beberapa tahun lepas, syor dibuat supaya sesiapa sahaja termasuk seseorang yang tidak terlatih, perlu melakukan CPR dengan cara menekan dada (jika berdepan situasi tersebut)," katanya pada majlis SJAS Mass CPR 2017 di Kuching baru-baru ini.
Menurutnya adalah amat baik sekiranya setiap orang tahu melakukan CPR kerana ia boleh menyelamatkan nyawa.
"Oleh itu, setiap orang perlulah tahu cara melakukan CPR dan sekolah harus menjadikan kemahiran ini sebagai subjek wajib kerana kita tidak mahu hidup dengan penuh kekesalan di kemudian hari," katanya.
Ang juga percaya mereka yang tinggal di luar bandar, khususnya di kampung kecil di seluruh negara, akan mendapati CPR sangat berguna semasa kecemasan.
Dalam keadaan kemudahan perubatan yang terhad atau tidak memuaskan, mereka sekurang-kurangnya boleh bergantung pada CPR untuk menyelamatkan nyawa, katanya.
Beliau juga merayu kepada pihak pengurusan premis awam dan persendirian supaya memasang 'defibrillator' dan melatih staf masing-masing mengenai CPR, pertolongan cemas dan kemahiran kejururawatan yang merupakan sesuatu yang diwajibkan di kebanyakan tempat di negara maju.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2017
Dalam keadaan kemudahan perubatan yang terhad atau tidak memuaskan, kita sekurang-kurangnya boleh bergantung pada CPR untuk menyelamatkan nyawa, kata Ang. - Gambar hiasan
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Ilmu CPR mampu selamatkan nyawa - Aktivis sosial
Semua sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini boleh memasukkan latihan CPR ke dalam aktiviti ko-kurikulum mereka.
Kerajaan, NGO perlu bantu tingkat kesedaran perubahan iklim
Semua individu bertanggungjawab dalam membantu walaupun secara kecil dan di kawasan persekitaran mereka, bagi melindungi dan menjaga alam sekitar.