Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal teguh sekalipun menerima serangan kritikan yang hebat tahun lalu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Katanya AGC dibadai serangan dan tanggapan berat sebelah dalam tempoh 12 bulan lalu dengan komitmen dan usaha jabatan untuk menegakkan pelaksanaan pengadilan yang cekap dan saksama di Malaysia dipersoal.
"Akan tetapi seperti kata-kata orang bijak pandai, 'seseorang tidak boleh mengawal orang lain, tetapi ia boleh mengawal reaksinya kepada mereka'. Begitulah cara jabatan ini mendepani cabaran-cabaran itu," katanya dalam ucapan pada pembukaan tahun perundangan 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Peguam Cara Negara II Datin Paduka Zauyah Be T. Loth Khan yang turut memaklumkan Mohamed Apandi tidak dapat hadir ke majlis itu disebabkan komitmen tugas yang dirancang lebih awal.
"Walaupun teruk kami diserang, Jabatan Peguam Negara tidak goyah," kata Mohamed Apandi.
Beliau berkata AGC berjaya mengharungi gelora cabaran 2016 dengan yakin dan tenang bersandarkan kerja-kerja dan semangat sepasukan yang hebat.
Katanya inti pati slogan baharu AGC 'Bertekad Menegakkan Keadilan' dipegang oleh pegawai jabatan dalam apa juga situasi dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menegakkan keadilan dan mempertahankannya tanpa rasa gentar atau pilih kasih.
Mohamed Apandi berkata dua prinsip utama yang diterap dalam slogan baharu AGC akan membimbing beliau dan rakan sekerja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai undang-undang kerajaan.
Beliau berkata siri-siri perubahan ketara dan penambahbaikan telah dilaksana sejak tahun lepas dan akan diteruskan di jabatannya untuk empat tahun akan datang menerusi Pelan Strategik Jabatan Peguam Negara 2016-2020 yang dilancar Mei lalu.
"Proses-proses kerja sedang ditambah baik dan piawaian kualiti kerja dinaikkan," katanya.
Mohamed Apandi berkata keutamaan AGC ialah integriti dan jabatan itu telah melancarkan pelan lima tahun dikenali Pelan Integriti AGC 2016-2020 dengan sasaran menjadikan AGC sebagai organisasi bereputasi baik dari segi tadbir urus dan integriti.
Beliau juga berkata beberapa siri program diatur untuk memupuk etika dan amalan baik dalam kalangan pegawai dan staf.
Mohamed Apandi berkata semakan semula proses-proses kerja bersama-sama pemantauan yang konsisten sedang diteliti bagi meminimumkan peluang korupsi dalam kalangan pegawai AGC. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017

Mohamed Apandi berkata dua prinsip utama yang diterap dalam slogan baharu AGC akan membimbing beliau dan rakan sekerja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai undang-undang kerajaan. - Gambar fail

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.

Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC hari ini
Menurut polis, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut.

Tambah ahli Parlimen: MTPMA63 putuskan AGC, Peguam Besar Sabah, Sarawak berbincang
Kerajaan akan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan.

AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.

Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.

AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.

Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.

AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.

Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.