PUTRAJAYA: Sindiket membekalkan pendatang tanpa izin menggunakan pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu dipercayai mengaut keuntungan RM4.5 hingga RM5 juta setahun tumpas dalam operasi khas Jabatan Imigresen selama dua hari bermula Rabu lepas.
Dalam operasi itu, seramai 43 orang lelaki warga India, 20 lelaki warga Bangladesh dan dua lelaki warga Pakistan berusia 25 hingga 45 tahun ditahan di sebuah kilang dan asrama pekerja asing di Selangor dan pejabat operasi sindiket di Brickfields, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata seorang lelaki warga India berusia 45 tahun yang merupakan dalang utama sindiket turut ditahan manakala seorang lagi lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun juga orang kanan sindiket ditahan di Seremban, Negeri Sembilan.
"Hasil semakan awal mendapati lelaki warga India itu memegang Pas Ekspatriat yang tulen manakala lelaki warga Bangladesh ditahan menggunakan PLKS untuk bergerak bebas di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata modus operandi sindiket ialah dengan menubuhkan syarikat membekalkan tenaga kerja asing dan menawarkan tenaga kerja kepada majikan serta kilang yang memerlukan pekerja.
"Sekiranya dipersetujui, sindiket akan membekalkan pekerja asing tadi yang telah diberikan pelekat PLKS palsu. Ini bertujuan supaya majikan atau kilang mempercayai bahawa mereka merupakan pekerja sah berdasarkan pelekat tertera di pasport," katanya.
Ruslin berkata sindiket akan mengenakan bayaran sebanyak RM6,000 untuk setiap pekerja warga asing yang ingin mendapatkan PLKS bagi membolehkan mereka bekerja di kilang tersebut.
"Majikan atau kilang yang menggunakan pekerja asing ini perlu membayar gaji pekerja kepada syarikat sindiket berkenaan," katanya.
Turut dirampas dalam operasi itu adalah 62 naskah pasport terdiri dari 40 pasport India, 20 pasport Bangladesh, dua pasport Pakistan dalamnya terdapat pelekat PLKS palsu serta lapan keping pelekat PLKS palsu yang belum dilekat dalam pasport.
Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta AMLATFPUAA 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023

Seramai 43 orang lelaki warga India, 20 lelaki warga Bangladesh dan dua lelaki warga Pakistan berusia 25 hingga 45 tahun ditahan di sebuah kilang dan asrama pekerja asing di Selangor dan pejabat operasi sindiket di Brickfields. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.

Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.

'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.

Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.

Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.