Kabinet hari ini menggesa para peniaga supaya bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak agar pengguna dapat merasa kesan penurunan harga itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, kabinet juga telah dimaklumkan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu adalah bertujuan untuk menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel telah turun.
“Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.
“Sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatut dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua,” tambah kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu juga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
“Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak, dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan,” tambah kenyataan itu.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Ismail Sabri pada Isnin berkata pengguna harus bersatu untuk memberi tekanan kepada peniaga dalam memastikan harga barangan diturunkan ekoran penurunan harga minyak.
Kenyataannya itu meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang yang dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada kaum Melayu tetapi juga pengguna berbangsa Cina.
Kenyataan itu telah mengundang pelbagai kecaman bukan sahaja dari pihak pembangkang malah dari kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu MCA.
Astro Awani
Wed Feb 04 2015
NAJIB: Kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum. -Gambar fail
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.