KUALA LUMPUR: Isu kekurangan bekalan beras tempatan terus meruncing, kali ini di pasar raya besar Mydin turut menerima kesan yang sama.
Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, jika sebelum ini bekalan yang diterima 1,000 hingga 2,000 kampit beras tempatan sehari, namun kini hanya 50 hingga 100 kampit beras tempatan yang diterima pihaknya.
Bekalan beras tempatan kurang
"Ini bukan cerita baru, walaupun sekarang dah jadi terdesak betul. Memang dah kosong (tiada) dah. Maknanya kalau pergi pasar raya mana pun, kalau pergi pagi-pagi Insya-Allah dapat lah 50 hingga 100 kampit, tapi dalam masa satu jam dah habis.
"Macam saya datang sekarang jam 2 petang tadi (Sabtu) satu kampit pun tak ada beras SST 5 peratus. Maknanya keperluan satu pasar raya.
"Katalah di Mydin USJ Subang ini, kita memerlukan sekurang kurangnya 1,000 atau 2,000 kampit beras satu hari, tapi kita dapat lebih kurang 50 atau 100 kampit dua tiga hari sekali. Ada juga pembekal-pembekal yang tidak hantar. Dah seminggu pun tak hantar," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Pasaraya Mydin USJ di sini pada Sabtu.
Ujarnya, isu itu bukan hanya memberi kesan kepada peniaga, malah rakyat terutama golongan B40 paling menerima impaknya.
Pelanggan mula marah
Ada juga pelanggan, jelas Ameer Ali, yang menyalahkan peniaga kerana mendakwa menyorok stok bekalan beras, sedangkan sebaliknya, bekalan yang diterima peniaga juga sedikit berbanding kebiasaan.
"Kita di lapangan ini ada masalah. Kita jumpa pelanggan, mereka kata kita sorok di belakang, sebab kita tak ada barang.
"Pelanggan kata menteri kata 'ada barang', takkan menteri tak tahu, takkan Ketua Pengarah pun tak tahu. Jadi kita (peniaga) pula dipersalahkan.
"Pelanggan ingat kita menipu walhal kita tiada barang. Bila kita tengok di belakang ini, kalau beras SST bungkusannya warna ungu, tapi tak ada. Semuanya warna beras-beras import sahaja," katanya lagi.
Perlu mekanisme lebih realistik
Ujarnya lagi, mekanisme yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini perlu lebih realistik dan berkesan.
Jika tidak, lebih ramai rakyat akan terus terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.
"Harga beras import naik, ini realiti. Apa kita patut buat, kerajaan patut buat? (Soal) harga ini fenomena global dan kita tak boleh salahkan kerajaan. Salah satu kita kena jaga rakyat golongan B40 dan M40.
"Bagi bantuan kewangan melalui baucar ke apa. Kedua naikkan gaji, paras gaji RM1,500 rendah sangat. Saya pun bayar kepada pekerja RM1,500 juga tapi itu pasarannya.
"Naikkan paras gaji, harga barang akan naik sikit tapi sekurangnya orang dapat duit lebih sikit untuk berbelanja," katanya lagi.
Persoalannya, jika kedai runcit sehingga pasar raya besar keadaannya sama, kurang bekalan beras tempatan, apa pula pilihan rakyat? Terutama golongan B40 yang hanya meraih pendapatan isi rumah di takuk lama?
Tekanan kos sara hidup meningkat
Bagi Mohd Razali Hashim, 42, keadaan ketika ini amat merisaukan dan memberi tekanan kepadanya.
"Sekiranya berterusan memang risau lah makin lama harga makin tinggi. Sebab beras ni memang rutin, setiap hari kita makan, bila dah lama-lama memang terasalah.
"Memang sakit, terpaksa teruskan hidup. Terpaksa kurangkan membeli barangan lain dan utamakan makanan yang utama," katanya.
Suri rumah dari Desa Petaling ini pula, Norihan Ibrahim, 53, terpaksa memilih membeli beras import lima kilogram berbanding 10 kilogram beras tempatan.
Lebih memeritkan, kata Norihan, pertambahan perbelanjaan bulanan meningkat, namun tiada pilihan buatnya.
Terpaksa bertukar ke beras import
"Itulah tiada beras tempatan, terpaksa kena beli beras import. Tapi lima kilogram sahaja, harga naik sekarang, kan. Terpaksa ambil beras lima kilogram sebab mahal sangat.
"Kalau nak ikutkan memang risau, sebab saya tak bekerja dan hanya suri rumah. Daripada 10 kilogram, kita terpaksa kurangkan pembelian kepada lima kilogram sebab kita nak hidup, nak makan juga.
"Kita tak tahu beras tempatan masih ada atau tidak. Kalau boleh, biarlah kerajaan turunkan harga beras import. Terpaksa ambil beras import," katanya.
Luahan sama disuarakan Said Hanifah Said Kasim, 50, penyelia gudang di Lembah Kelang.
Setiap bulan, dua kampit beras tempatan digunakan untuk kelangsungan hidup. Namun kini terpaksa bertukar ke beras import pada harga yang tinggi.
"Kalau rumah saya sekurang-kurangnya dua kampit beras tempatan lebih kurang 25 kilogram sebulan. Harga beras import sekarang memang melampau.
"Kalau bekalan beras tempatan ini kerajaan dapat kawal, ringan sikit beban kami. Beras import tak boleh cakap apa," ujarnya.
Perbelanjaan meningkat, pendapatan mendatar
Berkongsi cerita lagi kata Said Hanifah, mungkin beliau masih mampu membeli beras import. Namun, bagaimana pula golongan B40, soalnya.
"Kesannya satu beban, kita terpaksa belanja duit lebih untuk beras sahaja... belum barangan lain.
"Barangan lain naik harga, tak ada yang turun. Masalahnya bila harga barang naik, dia susah nak turun. Gaji di takuk yang sama, tapi barang naik jadi tak cukup lah untuk sara hidup," keluhnya lagi.
Fareez Azman
Sun Sep 10 2023
Ameer berkata isu itu bukan hanya memberi kesan kepada peniaga, malah rakyat terutama golongan B40 paling menerima impaknya. - Astro AWANI
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.
SPRM kesan penyelewengan subsidi, pengilang campur beras tempatan, import
SPRM mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang yang dilesenkan.
Kilang disyaki sorok 180 tan metrik beras tempatan disita
Sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000.
Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik.
SPRM bongkar penipuan pembekalan beras bernilai RM100 juta
SPRM membongkar kegiatan penipuan oleh sebuah syarikat pembekalan di Kedah yang dipercayai menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan beras di negara ini.