SHAH ALAM: Hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mahu mendapatkan perluasan kuasa dalam penguatkuasaan isu bekalan beras perlu dibawa ke peringkat perbincangan yang seterusnya termasuk melibatkan pihak berkuasa berkaitan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berpendapat tiada keperluan untuk melaksanakannya buat masa ini dan perkara itu hanya sesuai diadakan sekiranya bekalan barangan makanan berkenaan berada pada tahap meruncing.
"Kalau sampai ke peringkat meruncing barangkali kita akan libatkan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Namun, ketika ini belum sampai meruncing.
"Tapi insya-Allah, apabila berlaku tuaian padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang sekarang ini telah lebih 20 peratus, kita jangka bekalan beras tempatan akan berada dalam pasaran dengan sebaiknya," katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja bagi pelan intervensi pengedaran beras putih tempatan (BPT) di sebuah kedai runcit di Jalan Kebun Seksyen 30 hari ini.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali sebelum ini dilaporkan berkata beliau berharap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat menimbangkan supaya penguat kuasa KPDN diberikan perluasan kuasa berhubung isu bekalan beras itu.
Dalam pada itu, Mohamad meminta orang awam untuk tampil sekiranya terdapat bukti beras tempatan disorok atau kampitnya ditukar kepada beras import untuk pihak berkuasa mengambil tindakan.
"Setakat ini hanya cakap-cakap, tiada bukti mengatakan kononnya ada tukar kampit dan sebagainya. Kalau tuan-tuan ada bukti sila beritahu, setakat ini hanya khabar angin yang kita tidak temui sebarang bukti secara rasmi," katanya.
Mengulas kekecohan yang berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Bagan Datoh, Perak semalam, Mohamad berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan segera bersama pengilang dan pemborong untuk menambah stok BPT ke cawangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi mengelak kejadian berulang.
Katanya, kekecohan terjadi ekoran stok yang sampai di dua lokasi itu tidak mencukupi dan menyebabkan beberapa pelanggan tidak berpuas hati kerana menunggu lama.
Mohamad juga mengarahkan bekalan BPT segera dihantar ke semua pasar raya supaya orang ramai tidak hanya tertumpu kepada cawangan FAMA dan LPP, selain menasihati orang ramai untuk tidak membuat pembelian panik dan menyimpan stok bagi mengelakkan gangguan bekalan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (kiri) membuat tinjauan bekalan Beras Tempatan di Agro Bazar Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Agihan 140,000 tan beras di seluruh negara lancar
Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.

Penyelarasan harga kawalan maksimum benih padi, pihak berkuasa perlu pantau - Petani
Pihak penguat kuasa perlu membuat pemantauan bagi memastikan bekalan padi daripada pihak pengilang menepati kadar harga ditetapkan.

Siasatan isu beras: SPRM tidak sasar mana-mana pihak
SPRM menegaskan siasatan berhubung kepincangan bekalan beras di negara ini bukan menjurus kepada individu atau pihak tertentu.

KPKM nafi keluarkan poster tular mengenai isu beras
Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan telah mengeluarkan poster berbentuk kenyataan menteri mengulas mengenai isu beras yang tular ketika ini.

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Isu beras: 'Saya tidak akan berganjak walau seinci' - Akmal
Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan kuasa yang dimiliki beliau bukan untuk diri sendiri sebaliknya demi kepentingan rakyat.

Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara - KPKM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI).

Isu beras: Perluasan kuasa kepada KPDN jika keadaan meruncing - Mohamad Sabu
Hasrat KPDN yang mahu mendapatkan perluasan kuasa dalam penguatkuasaan isu beras perlu dibawa ke peringkat perbincangan yang seterusnya.

KPDN mohon lanjutan kuasa pantau isu beras - Armizan
KPDN akan memohon lanjutan kuasa bagi memantau isu bekalan beras secara sementara di negara ini.