SERDANG: Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun terdapat kelompongan namun perkara tersebut dapat diatasi dengan baik.
Menurutnya, usaha tersebut mula menunjukkan hasil positif apabila rungutan daripada orang awam semakin berkurangan.
“140,000 metrik beras sudah ada di pasaran dan walaupun terdapat kelompongan tetapi pihak pengeluar dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat mengatasi masalah ini.
“Rungutan yang kita terima sekarang agak berkurangan berbanding di peringkat awal dahulu,” katanya dalam dalam Majlis Konvesyen Pengembangan Veterinar dan Hari Inovasi 2024 di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini pada Selasa.
Pada 24 Mac lalu, kerajaan mengumumkan empat inisiatif untuk mengatasi isu kekurangan beras dalam pasaran.
Inisiatif tersebut turut memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang dibeli pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.
Dalam pada itu, menurut Mohamad, dengan pencapaian sedia ada negara mampu mencapai 80 peratus kadar sara diri (SSR).
Ujarnya, masalah bekalan makanan terutama beras perlu diatasi dengan baik bagi memastikan ia cukup untuk menampung keperluan rakyat.
“Jika kita tidak mengatasi masalah ini dengan baik, negara akan berhadapan dengan masalah beras dan sukar mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus SSR bagi menampung permintaan dalam negara,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 14 2024

Mohamad berkata, dengan pencapaian sedia ada negara mampu mencapai 80 peratus kadar sara diri (SSR). - Gambar/ Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Agihan 140,000 tan beras di seluruh negara lancar
Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.

Agih bekalan beras bukan kerja FAMA - Muhyiddin
Apa yang berlaku bertentangan dengan peranan agensi itu sedangkan Malaysia mempunyai sistem pengagihan dan rantaian bekalan beras.