GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk merujuk isu Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berharap isu berhubung pembekalan air mentah kepada negeri-negeri yang mengalami kekurangan sumber air dapat diselesaikan dengan baik.
Kon Yeow berkata, beliau telah memaklumkan hasil perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak di Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK) semalam dan memutuskan bahawa isu tersebut akan dirujuk kepada KASA .
Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan berhubung SPRWTS dengan Menteri Besar Perak di Perak pada 1 Mac lepas.
Mengulas mengenai pertemuan yang berlangsung antara dua pihak tersebut, kerajaan negeri sekali lagi mengulangi permintaan kepada Perak untuk meneroka potensi Sungai Perak sebagai bekalan sumber air mentah jangka panjang.
Namun, Menteri Besar dan agensi-agensi berkaitan Kerajaan Negeri Perak telah memberi maklum balas bahawa negeri Perak, khususnya di bahagian utara juga menghadapi masalah kekurangan bekalan air mentah khasnya untuk kegunaan kepelbagaian sektor seperti industri, komersial, pertanian dan kediaman penduduk.
Kon Yeow berkata, Menteri Besar Perak dalam pada itu juga membuat kesimpulan permintaan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang adalah bergantung kepada kecukupan bekalan air dari Sungai Perak sebelum sebarang pertimbangan boleh dibuat.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum hujah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak, dan pada masa sama hujahan tersebut membuktikan bahawa projek SPRWTS juga amat diperlukan bukan sahaja oleh Pulau Pinang tetapi juga Perak khususnya di bahagian utara negeri berkenaan.
“Berlandaskan faktor tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba meyakinkan Kerajaan Negeri Perak bahawa projek SPRWTS adalah perlu dilaksanakan demi memenuhi kehendak serta permintaan kedua-dua negeri ini” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, pihaknya melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bersedia dengan sebuah pelan kontingensi ‘Inisiatif Bekalan Air Pulau Pinang 2050’ (PWSI 2050) bagi menghadapi kekurangan air mentah di negeri itu.
Kon Yeow berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung keputusan untuk tidak membekalkan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang menerusi projek SPRWTS.
Saarani berkata, selain keperluan domestik penduduk, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira hasil beberapa kajian yang dijalankan berhubung impak pengaliran keluar air dari Sungai Perak terhadap prestasi empangan janakuasa elektrik serta bagi kegunaan sektor perkilangan.
Katanya, berdasarkan kajian, air untuk kegunaan di Perak sendiri tidak mencukupi sepenuhnya terutamanya apabila polulasi penduduk Perak diunjurkan bertambah kepada tiga juta menjelang 2050.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Mar 03 2022

Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berharap isu berhubung pembekalan air mentah kepada negeri-negeri yang mengalami kekurangan sumber air dapat diselesaikan dengan baik. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.