MUAR: Mana-mana pihak termasuk pemimpin parti yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan selain bersedia berdepan tindakan undang-undang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata jika pihak berkuasa mengambil tindakan, mereka (polis) tidak boleh dipersalahkan atas tindakan itu kerana ia bertujuan menjaga kestabilan negara.
"Siapa juga yang melanggar peraturan, mereka harus bertanggungjawab untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang yang ada dalam negara ini.
"Peruntukan undang-undang (sudah) ada, kalau tidak ambil tindakan nanti rakyat melihat kita membenarkan perkara yang melanggar undang-undang dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pesara Polis Johor Cawangan Muar di sini hari ini.
Shamsul Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa pemimpin parti yang dipanggil polis bagi memberikan kenyataan berhubung isu 3R dalam kenyataan mereka.
Beliau berkata peringatan untuk tidak menyentuh isu 3R juga telah dibangkitkan banyak kali pada Pilihan Raya Negeri yang lepas seperti dikatakan Ketua Polis Negara.
Sehubungan itu, Shamsul Anuar menasihatkan semua pihak agar berpolitik secara matang dan berhadapan dengan rakyat dengan hujah serta dasar polisi yang baik kerana rakyat sudah bijak untuk menilainya.
"Sebagai rakyat Malaysia perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah disepakati sejak dulu, saya fikir tidak perlu disentuh terutama perkara yang berkaitan dengan 3R oleh sesiapa pun.
"Untuk menunjukkan kekuatan parti masing-masing, paparkan dasar polisi apa yang baik nak ditawarkan kepada rakyat. Itu lebih baik kerana rakyat sudah bijak untuk menilai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata jika pihak berkuasa mengambil tindakan, mereka (polis) tidak boleh dipersalahkan atas tindakan itu kerana ia bertujuan menjaga kestabilan negara. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan pada tahun depan bagi menangani sebarang permasalahan perpaduan.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman
Pasukan penguat kuasa MCMC hari ini telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook itu dan menyita kelengkapan komunikasi miliknya.

Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota
Muhammad Faiz berkata pembangkang seharusnya bersikap lebih konstruktif dan progresif dengan mengetengahkan isu yang memberi manfaat.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.

Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan
Himpunan solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1 di sini petang tadi berlangsung dengan aman.

Isu 3R: Rakaman keterangan Muhyiddin ditangguh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, ini berikutan peguam Muhyidddin masih berada di Thailand.

Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.