Raja Berjiwa Rakyat, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini dalam upacara penuh simbolik.
Tuanku Abdul Halim, 89, yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012, dan Tuanku Hajah Haminah berangkat meninggalkan Istana Negara dalam acara ringkas namun penuh istiadat diraja pada kira-kira pukul 8.20 pagi.
Keberangkatan balik baginda berdua diiringi Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku menteri pengiring dan isteri Datin Seri Noraini Abdullah serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad.
Tuanku Abdul Halim yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai 'muskat' berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi tujuh pengiring bermotosikal serta 20 pengiring am diraja daripada Kor Armor Diraja.
Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, baginda melintasi pasukan kawalan kehormat darjat daripada Unit I Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang diketuai Mejar Mohamed Zaid Mohamed Tazali, yang turut mempersembahkan 'Hormat Diraja'.
Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan mengiringi keberangkatan pasangan diraja ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Kedah.
Ketibaan Seri Paduka berdua di Dataran Parlimen diiringi tiupan nafiri oleh 14 anggota daripada Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Baginda berdua kemudian diiring ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan 'Hormat Diraja' oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, yang disusuli lagu Negaraku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.
Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong direndahkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa barisan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.
Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disusuli persembahan 'Hormat Diraja' kali kedua serta lagu Negaraku.
Baginda berdua kemudian berkenan bersalaman perpisahan dengan barisan jemaah menteri, ketua jabatan serta diplomat asing sebelum meneruskan perjalanan ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Semasa kenderaan yang membawa baginda berdua melalui Jalan Parlimen, rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam dan kakitangan swasta berbaris di kiri dan kanan jalan mengucapkan selamat jalan kepada Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah.
Bernama
Mon Dec 12 2016

Tuanku Abdul Halim, 89, dan Tuanku Hajah Haminah berangkat meninggalkan Istana Negara dalam acara ringkas namun penuh istiadat diraja pada kira-kira pukul 8.20 pagi. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perginya seorang Sultan berjiwa rakyat - Netizen
"Perginya seorang Sultan yang berjiwa rakyat", itulah antara luahan netizen dan kenalan susulan pemergian Sultan Kedah, Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Istiadat keberangkatan balik Tuanku Abdul Halim penuh simbolik
Raja Berjiwa Rakyat, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berangkat balik ke Kedah hari ini
Keberangkatan balik baginda bersama-sama Tuanku Hajah Haminah dijadual berlangsung penuh istiadat diraja dengan bermula dari Istana Negara di sini pada 8 pagi.

Institusi Yang Di-Pertuan Agong bawa kestabilan, perlu dipertahan - Najib
Sumbangan terbesar kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong ialah peranannya dalam memastikan kestabilan politik negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perpaduan amat berharga buat negara, tidak boleh dijual beli - Agong
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah bahawa perpaduan adalah satu perkara yang amat berharga kepada negara dan tidak boleh dijual beli.

Kerajaan zahir penghargaan kepada Tuanku Abdul Halim, Tuanku Hajah Haminah
Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menzahirkan penghargaan bagi pihak kerajaan dan rakyat atas pemerintahan cemerlang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Ketua Negara.

Agong, Permaisuri Agong hadiri majlis santapan amal YSB 2016
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan amal Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) 2016, malam tadi.

Agong rasmi dewan Ritz Carlton Langkawi
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi AJ Resorts Sdn Bhd, Tan Sri Onn Mahmud.

Anggota Parlimen perlu berfikiran jauh, elak sikap prejudis - Tuanku Abdul Halim
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati anggota Parlimen agar berfikiran jauh.

Warga ATM diingat jangan alpa dengan kejayaan
Tuanku Abdul Halim bertitah sebaliknya kejayaan tersebut perlu dijadikan sebagai pemangkin dan pemacu untuk bergerak lebih maju ke depan.