Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menzahirkan penghargaan bagi pihak kerajaan dan rakyat atas pemerintahan cemerlang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Ketua Negara.
Di sebalik keadaan kesihatan Seri Paduka yang tidak begitu mengizinkan, perdana menteri berkata Tuanku Abdul Halim merupakan seorang tokoh raja yang sangat tinggi semangat dan pekertinya.
"Baginda adalah seorang raja yang kompeten dan telah melaksanakan tugasnya sebagai raja berperlembagaan sepanjang lima tahun yang lepas," kata Najib dalam ucapan perpisahan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Abdul Halim, di Istana Negara.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
"Patik bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat jelata ingin merakamkan sebesar-besar penghargaan dan lafaz penghormatan yang tiada terperinya kepada Tuanku berdua, lantaran sepanjang tempoh pemerintahan telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Negara dan Raja Berperlembagaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Najib.
Dalam ucapan bertema 'Raja Berpengalaman dan Berjiwa Rakyat' itu, Najib memanjatkan kesyukuran kerana amanah yang diterjemah dan dilunaskan itu telah berlangsung dengan sempurna sehingga ia mendatangkan kemuliaan dan kepujian kepada Seri Paduka dan Malaysia.
Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perdana menteri seterusnya berkata beliau dan rakyat berasa bangga atas keprihatinan yang di-Pertuan Agong sebagai seorang raja berjiwa rakyat dalam memayungi pelbagai kerja amal dan kebajikan di Malaysia.
"Terbukti, sifat dan kasih sayang terhadap masyarakat ramai jelas dipamerkan oleh Tuanku apabila berangkat ke majlis-majlis rasmi mahupun temasya serta amat menyentuh sanubari rakyat jelata tanpa mengira kaum," kata Najib.
Beliau turut menyanjung sikap Seri Paduka yang sentiasa menepati masa, dan menegaskan ia harus dicontohi rakyat.
"Tuanku tidak pernah lewat untuk menghadiri mesyuarat rasmi pada 8 pagi antara saya selaku Perdana Menteri dan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Rabu sebelum mesyuarat Kabinet," kata Najib.
Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan Najib bagi pihak kerajaan dan rakyat kepada Tuanku Hajah Haminah yang sentiasa berada di sisi Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan tugas rasmi negara.
Majlis itu turut menyaksikan tepukan meriah ditujukan buat Seri Paduka berdua.
Tuanku Abdul Halim akan menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Ketua Negara untuk kali kedua pada 12 Dis 2016 dan digantikan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun.
Tuanku Abdul Halim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 Sept 1970 hingga 20 Sept 1975, dan Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuat kuasa 13 Dis 2011.
Najib berkata beliau bangga kerana Tuanku Abdul Halim telah menaungi dua era pemerintahan iaitu di zaman bapanya Tun Abdul Razak Hussein dan kini dalam tempoh kepimpinannya.
"Ini adalah keadaan luar biasa antara Allahyarham bapa saya dan Tuanku, dan sekarang antara saya dan Tuanku, seperti titah Seri Paduka, baginda tidak fikir situasi seperti itu akan berlaku lagi," kata perdana menteri.
Menurut Najib, telah tersurat dan tertulis bahawa Seri Paduka bertakhta di kala bapanya dan beliau sendiri menjadi perdana menteri.
"Sesungguhnya bagi pihak diri saya, keluarga saya, kerajaan dan semua rakyat Malaysia,...kami akan merindui Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Perdana menteri menarik perhatian bahawa Malaysia merupakan antara 43 negara di dunia yang mana sistem raja berperlembagaannya terus diiktiraf.
Dalam perjalanan sejarah kontemporari, Najib berkata Tuanku Abdul Halim merupakan raja kedua paling lama sedang bertakhta di dunia iaitu 58 tahun, selepas Ratu Elizabeth II yang kini mencecah tempoh 64 tahun.
Kata perdana menteri, rekod sebelumnya dipegang Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand yang mangkat pada usia pemerintahannya yang ke-70 tahun.
"Kita berasa bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan seorang raja yang sangat berpengalaman dan telah menyaksikan perjalanan Malaysia dalam pelbagai kapasiti," kata Najib.
Beliau mengakhiri ucapan dengan pantun berbunyi:
Burung nuri terbang ke lembah,
Hinggap megah di tengah kota,
1Malaysia merafak sembah,
Daulat Tuanku Payung Mahkota.
Ampun Tuanku Seri Paduka,
Sembah takzim menjunjung tinggi,
Semoga karar di atas takhta,
Doa patik setulus hati.
Bernama
Sat Dec 10 2016
![Kerajaan zahir penghargaan kepada Tuanku Abdul Halim, Tuanku Hajah Haminah Kerajaan zahir penghargaan kepada Tuanku Abdul Halim, Tuanku Hajah Haminah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61481380531_950x600.jpg)
Datuk Seri Najib menzahirkan penghargaan bagi pihak kerajaan dan rakyat atas pemerintahan cemerlang Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659165712_najibRazak.jpg)
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
![Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656343359_TajuddinAbdulRahma.jpg)
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
![Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637394347_Anwarluncurjentera.jpg)
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
![Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613712844_Najibrazakeksklus.jpg)
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
![Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574158887_TBALIHAMSA.jpg)
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
![Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567585537_TBNAJIB.jpg)
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
![Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549965755_WILLIAMBOURDON.jpg)
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
![Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549900493_Scorpene.jpg)
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
![Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542877319_AnwarNajib.jpg)
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
![Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539495867_NajibRazakMahkamah.jpg)
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.