Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati anggota Parlimen agar berfikiran jauh dan memberi perhatian mengenai kesan sesuatu undang-undang yang digubal kepada hala tuju negara dan perlaksanaan dasar negara.
Titah baginda, sikap prejudis, berkepentingan peribadi dan sikap berat sebelah keterlaluan kepada parti politik harus dielakkan.
"Parlimen yang bertaraf dunia bukan hanya perlu dilengkapi dengan segala prasarana moden, namun dalam menggalas amanah sebagai Ahli Yang Berhormat, taat setia kepada negara harus diutamakan.
"Setiap perkara yang dibahaskan dan apa jua tindakan yang akan dilaksanakan, haruslah berlandaskan kejujuran dan kebijaksanaan, elakkan berpolitik dengan pemikiran yang sempit dan penuh kebencian," titah baginda pada Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, di sini hari ini.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat pada majlis santapan yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia sempena tamat tempoh rasmi pemerintahan baginda berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-14 pada 12 Dis ini.
Keberangkatan tiba pasangan diraja itu disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Tuanku Abdul Halim bertitah kestabilan politik dan keutuhan perpaduan kaum amat perlu bagi menjamin kelangsungan kemakmuran negara.
Dalam perkara itu, jelas baginda, prinsip-prinsip Rukun Negara yang telah dizahirkan pada 23 Februari 1971 iaitu lebih 45 tahun lalu, haruslah sentiasa difahami tujuannya dan dipatuhi maksudnya oleh semua rakyat.
Baginda bertitah, sebagai pemimpin yang paling hampir dengan rakyat, anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat sudah pasti dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Prinsip Rukun Negara dan kepentingannya terhadap perpaduan nasional.
"Adalah menjadi harapan Beta agar Parlimen Malaysia mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan terutamanya perkara-perkara yang menyentuh mengenai Raja-Raja Melayu, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Persekutuan yang merupakan perkara asas dalam Perlembagaan," titah baginda.
Tuanku Abdul Halim turut mengucapkan tahniah kepada Parlimen khususnya Pandikar Amin yang telah mencetuskan idea dan inisiatif sehingga Transformasi Parlimen berjaya dilaksana.
"Beta juga menyokong setiap perkara yang difikir membawa kebaikan kepada Institusi Parlimen seperti cadangan untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang lebih relevan dengan keperluan semasa dan lebih berprinsipkan kepada pengasingan kuasa yang sebenar," titah baginda.
Kerajaan sebelum ini dilapor sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan semula akta itu yang dimansuhkan pada 1992, sejajar langkah transformasi Parlimen.
Dengan adanya akta itu akan membolehkan menubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran, pengurusan, kewangan dan lain-lain berkenaan Parlimen.
Tuanku Abdul Halim yang akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis ini akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Baginda telah mencatat sejarah setelah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua pada 2012 selepas ditabalkan buat pertama kali pada 1970. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 24 2016
Tuanku Abdul Halim yang akan menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis ini akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. - Gambar fail
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.