KUALA LUMPUR: Istana Negara dan beberapa lokasi mercu tanda di ibu negara dilimpahi cahaya berwarna jingga malam ini sebagai tanda solidariti dan sokongan sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 hari ini.
Sinaran cahaya jingga menerangi tiga lokasi strategik di sekitar Istana Negara bermula 8 hingga 10 malam iaitu Pintu Gerbang Utama, Dataran Kawad dan Kubah Anjung Utama.
Tinjauan Bernama mendapati bangunan ikonik seperti Menara Kuala Lumpur mula disinari cahaya berwarna jingga seawal 7.30 malam dan ia jelas kelihatan dari Istana Negara.
Pada Mei 2020, Istana Negara turut disinari cahaya biru di waktu malam sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan negara dalam memerangi wabak COVID-19.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Siti Nor Emyliana Su'aif berkata program yang diraikan di serata dunia itu merupakan resolusi serta usaha dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan pesakit.
"Warna jingga telah dipilih sebagai warna rasmi bagi Hari Keselamatan Pesakit Sedunia sekali gus menjadi simbol Perlindungan Kesihatan Sejagat. Fokus bagi sambutan tahun ini adalah 'Medication Without Harm'," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata warga kota boleh memberikan sokongan kepada program berkenaan dengan menyertai pertandingan fotografi sempena 'KL in Orange' malam ini.
"Sokongan boleh ditunjukkan dengan memuat naik gambar monumen dalam media sosial dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 20 Sept ini. Sijil penyertaan akan diberikan kepada 10 peserta terbaik," katanya.
Pada Isnin lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebook beliau berkata tiga lokasi ikonik iaitu KLCC Lake Symphony Fountain, Menara Kuala Lumpur dan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan disinari dengan penyalaan lampu berwarna jingga.
Selain itu, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan Institut Perubatan Respiratori turut menyertai program solidariti tersebut.
Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada 17 Sept setiap tahun bertujuan menyeru perpaduan global dan tindakan bersepadu oleh semua pihak untuk meningkatkan keselamatan pesakit serta mengiktirafnya sebagai keutamaan kesihatan global.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Istana Negara disinari dengan cahaya jingga sempena dengan warna tema Hari Keselamatan Pesakit Sedunia bagi menunjukkan solidariti terhadap keselamatan pesakit, di sini hari ini. - Foto BERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Agong berkenan terima watikah pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada.
Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.
Agong kurnia watikah pelantikan tujuh perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM
Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini.
Video Istiadat Pertabalan Agong penuh tradisi dikongsi
Sultan Ibrahim ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pada Sabtu lalu.
#AgongKita: Pelancong asing kagum saksi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Tidak hanya rakyat di negara ini, pelancong asing turut kagum menyaksikan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara yang berlangsung dalam suasana penuh t
#AgongKita: Kerajaan, rakyat harungi gelora ekonomi dunia di bawah naungan Agong - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tegas digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI mencetus kadar pertumbuhan memberangsangkan.
#AgongKita: Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, yang tiba pada 9.25 pagi.