KUALA LUMPUR: Media sosial Officialsultanibrahim malam ini memuat naik sebuah video berdurasi satu minit memaparkan rangkuman Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung di Istana Negara pada Sabtu lalu.
Video penuh bersejarah itu menyiarkan Sultan Ibrahim ditabal dalam istiadat penuh tradisi, dengan keberangkatan tiba Raja-Raja Melayu, kerabat diraja dari luar negara seperti Brunei dan delegasi-delegasi kenamaan.
"Insya-Allah dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya akan memikul amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas serta meneruskan pemerintahan yang mengutamakan kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat," memetik lafaz ikrar Seri Paduka Baginda yang dimuat naik dalam klip video tersebut.
Dalam istiadat penuh gilang-gemilang itu, Sultan Ibrahim mengenakan persalinan rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Muskat dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan.
Istiadat pertabalan dihadiri 700 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komuniti diplomatik asing serta pemimpin-pemimpin utama negara.
Sultan Ibrahim yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.
Pelantikan Sultan Ibrahim adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang tamat tempoh pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan 2024.
Astro Awani
Mon Jul 22 2024

Sultan Ibrahim mengenakan persalinan rasmi Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Muskat dan Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan - Gambar fail/Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.

Kerajaan bentang usul kecualikan Raja-Raja Melayu, YDP Negeri, pewaris daripada mengundi
Melalui usul tersebut, pindaan dicadangkan agar Perkara 119A dapat ditambah di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Enam Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara
Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang terawal berangkat tiba ke Istana Negara.

Semua Ordinan Darurat dibatalkan, Anwar persoal pengumuman Takiyuddin
Anwar juga mendakwa tindakan itu boleh mencetuskan krisis pelembagaan kerana kerajaan seharusnya mempersembahkan dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pandangan, seruan Agong serta Raja-raja Melayu berlandaskan Perlembagaan - Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Ia termasuk pandangan mengenai keperluan mengadakan persidangan Parlimen dengan segera; dan perbahasan tentang Proklamasi Darurat.

Tiada keperluan darurat dilaksanakan - Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat PH
Tiada keperluan untuk darurat dilaksanakan, sebaliknya pelaksanaan PKP yang lebih ketat adalah kaedah terbaik.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu: Pemangku Raja Pahang pertama tiba di Istana Negara
Media difahamkan, Raja-raja Melayu yang lain akan tiba kira-kira pukul 1 tengah hari dan Perbincangan Khas itu akan bermula pada pukul 2.30 petang.

Dua NGO buat laporan polis dakwa Sanjeevan hina Raja-raja Melayu
Ia atas dasar mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dari terus dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mahu sokongan pembangkang, Muhyiddin perlu pecat Hamzah dan Azmin - Liew Chin Tong
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang terbaik untuk menjadikan Parlimen tempat untuk melakukan kerjasama jujur, perbincangan dan mentadbir bersama-sama dengan parti pembangkang.

Mesyuarat tergempar PM bersama MB, KM esok dibatalkan
Mesyuarat tergempar membabitkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri besar dan ketua menteri yang dikatakan akan berlangsung di Putrajaya pagi esok, dibatalkan.